April 04, 2012

Seatbelt

Pada suatu hari, aku pergi lepak minum dengan Deus dan Tibet.

Hala balik, masa dalam kereta, aku pakai seatbelt. Sambil itu, aku turut berpesan kepada Deus, "pakai seatbelt tu, Deus", dengan sedikit nada garang.

Tibet di seat belakang masih leka bermain sms. Dia tak tahu ke kalau berlaku eksiden, orang di hadapan boleh dihentam dengan impak sebanyak 2.4 tan daripada penumpang belakang yang tak pakai seatbelt?

Tapi masa tu dia duduk belakang Deus, so aku tak kisah sangat.

"Ye la ye la. Kau ni skema lah Don. Bukan ada polis pun", jawab Deus sambil tarik seatbelt.

"Eh, aku ni bukan kisah sangat ke polis, Deus. Aku pentingkan keselamatan", aku jawab. "Kau nampak Excavator tepi jalan tu? Haa aku kalau naik benda tu pun aku pakai seatbelt tau", aku sambung.

Deus dan Tibet mengangguk serentak tanda kagum.

Aku terus bukak tingkap bakar rokok.

4 comments:

Kc Kasedah said...

hikhok :B

Elena Reeney said...

apsal aku tak ingat situasi ni?

afiqsiddhartha said...

nampak sangat la orang pahang suka tambah cerita.

ashraf sahdan said...

kakaka. cilake laa tibet. ko apahal tak ingat? masa lepak kat opah ni.