
Untuk mendapatkan pembacaan yang lebih meminimakan carutan, mari aku tuliskan balik dekat bawah. Mana tanda baca, ejaan yang berterabur tu aku betulkanlah tanpa cuba mengubah maksud sebenar. Mana yang tak muat dalam gambar pun aku sambung terus.
Here it goes.
Assalamualaikum Hafiz, cantik tulisan awak. maaf kalau tulisan saya buruk atau susah nak baca. Hafiz, secara jujurnya awak berjaya tarik perhatian saya kerana tulisan awak sangat kemas dan awak juga pandai berpantun. Saya tak kisah awak minat kat saya, tapi kita berkenalan dulu ya.
Saya harap boleh berjumpa dengan awak dan berkenalan. Hafiz orang gelar awak Jebat ke? Kalau saya nak panggil Hafiz jer? Okay Hafiz sampai sini jer.
Ada ubi ada batas,
Ada hari sila balas.
Pergi ke pekan membeli tenggiri,
Tenggiri dibeli di pasar malam,
Saya akhiri surat ini,
Hanya dengan sebuah salam.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Yang benar,
-tandatangan-
(Anis)
Pandai berpantun? Macam cilake. Kah kah kah.
6 comments:
lepas ni ajar dia ringan-ringan pulak.. nice kah3
budaok-budok sekarang
kemain lagi...
cilake2. haha
jebat, jebat.
hahahaha...cilake2
Post a Comment