October 17, 2011

Siri Bercakap Dengan Darjah 5: Surat Cinta Seorang Darjah 5.

Di bawah ini adalah surat cinta anak sedara aku yang sempat aku rembat masa dia tengah tersengih-sengih baca dalam almari. Sampai terkoyak-koyak dia nak mempertahankan surat yang tak seberapa ini. Setelah melakukan sedikit soal-siasat, barulah aku mendapat tahu bahawa ini adalah kisah percintaan antara dua dunia(dua sekolah yang berbeza). Ko memang power Jebat, ko memang power! kahkahkah.

Untuk mendapatkan pembacaan yang lebih meminimakan carutan, mari aku tuliskan balik dekat bawah. Mana tanda baca, ejaan yang berterabur tu aku betulkanlah tanpa cuba mengubah maksud sebenar. Mana yang tak muat dalam gambar pun aku sambung terus.

Here it goes.

Assalamualaikum Hafiz, cantik tulisan awak. maaf kalau tulisan saya buruk atau susah nak baca. Hafiz, secara jujurnya awak berjaya tarik perhatian saya kerana tulisan awak sangat kemas dan awak juga pandai berpantun. Saya tak kisah awak minat kat saya, tapi kita berkenalan dulu ya.
Saya harap boleh berjumpa dengan awak dan berkenalan. Hafiz orang gelar awak Jebat ke? Kalau saya nak panggil Hafiz jer? Okay Hafiz sampai sini jer.

Ada ubi ada batas,
Ada hari sila balas.

Pergi ke pekan membeli tenggiri,
Tenggiri dibeli di pasar malam,
Saya akhiri surat ini,
Hanya dengan sebuah salam.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Yang benar,
-tandatangan-
(Anis)


Pandai berpantun? Macam cilake. Kah kah kah.

6 comments:

asip محمد said...

lepas ni ajar dia ringan-ringan pulak.. nice kah3

Si Gades said...

budaok-budok sekarang

sarah said...

kemain lagi...

Anonymous said...

cilake2. haha

Anonymous said...

jebat, jebat.

Anonymous said...

hahahaha...cilake2

Powered By Blogger