May 02, 2011

Satu hari di tahun 2024 : bahagian 2

(Bahagian 1)

Sebagai seorang bapa yang macho dan penyayang, aku rasa tak sampai hati hendak menyekat kemahuan Mia, yang aku tahu di mana memang semua kanak-kanak pun begitu, setiap kali menatap wajahnya yang comel dan innocent itu. Tetapi aku yakin, tindakan aku betul. Aku tak boleh biarkan dia terus hanyut dengan dunia fantasi dan rancangan televisyen merepek yang merosakkan minda kanak-kanak, yang sedang dia perjuangkan untuk ditontonnya di kaca televisyen sebesar 72 inci itu. Aku tak mahu Mia jadi seperti kanak-kanak yang biasa. Aku mahu yang terbaik untuk Mia, dan aku cuba melaksanakan perkara ini dengan penuh dedikasi, toleransi, tanggungjawab dan kasih sayang. Memang dia tak dapat apa yang kanak-kanak normal dapat, tapi dia dapat apa yang kanak-kanak luar biasa saja dapat ; seorang bapa yang extraordinary.

Jadi aku jawab, “memang lah tak ada orang, tapi rahsia memang kena bisik, tak boleh cakap kuat-kuat”. Gurauan yang aku pasti dia akan take it seriously. “Tak apa, good for her”, aku cakap dalam hati.

Mia senyap, matanya masih berkaca, tapi kelihatan sedikit ceria apabila melihat aku tersenyum, seolah-olah tahu ada berita baik yang akan disampaikan.

“Semalam kan, masa papa nak pergi rumah uncle Wan, papa ada beli layang-layang untuk sayang. Petang nanti kita pergi padang main layang-layang, mmkay?”, aku sambung.

Wan J masih hidup. Sihat. Macam biasa, dia sampai sekarang masih playboy. No wonder lah dia sampai sekarang masih belum berkahwin. Kahwin, berkeluarga, memang bukan jiwa dia. Setiap 2 bulan, dia akan go out dengan perempuan yang berlainan. Kadang-kadang kalau dah tak ada perempuan sangat yang sedap dipandang di matanya, dia pergi bercuti di Danok. Aku masih lepak dengan dia. Kerap juga. Kadang-kadang, kalau Wan J ajak keluar makan, aku selalu bawa Mia sekali. Mia panggil Wan J, Uncle Wan. Ah, pedulikan Wan J, mari kita fokus kepada Fabianna Mia Elisya yang comel ini.

“Papa beli layang-layang? Really? Yeay!! Bestnya. Mana papa? Mia nak tengok!”, respon Mia. Bukan main eksaited lagi dia bila dengar aku cakap macam tu. Padahal aku tipu. Entah masa bila aku beli layang-layang entah. Ya, memang betul, semata-mata untuk menjauhkan dia dari budaya menonton kartun di televisyen sampai tak ingat nak mandi, aku tipu dia. Daripada dia duduk depan TV sepanjang hari, lebih baik aku bawa dia keluar beriadah. Duduk depan TV satu hari ni lah sebenarnya punca kanak-kanak obesiti, bukannya karipap! Oh ya, ketika ini, karipap juga telah diharamkan dijual di kantin sekolah kerana dikatakan punca kedua selepas nasi lemak, ramai kanak-kanak sekolah mendapat obesiti. Nonsense!


Bersambung...

1 comment:

.Gory. said...

Mia Mia, takpe. Nanti Uncle belikan Mia lolipop pop.