April 29, 2011

Satu hari di tahun 2024 : bahagian 1

Sejak 5 minit tadi, Fabianna Mia Elisya asyik merengek-rengek sahaja di hadapan televisyen. Tidak dinafikan, kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun itu sangat adorable walaupun sedang marah. Penyakit genetik yang diwarisi daripada ibunya, mungkin. Sesekali dia mendepakan kedua tangannya di hadapan televisyen sebesar 72 inci itu, tanda protes. Memang comel. Setelah sedar usahanya itu tidak membuahkan hasil kerana hanya mampu menutupi 1/10 skrin televisyen, dia mula mencari alternatif lain sebagai taktik pengacau supaya dialih apa saja rancangan televisyen ketika itu, kepada rancangan kegemarannya. Dipijak dan disepaknya alat permainan yang sudah sedia bersepah di atas lantai. Habis tercabut kepala anak patung Barbie tanpa pakaian itu.

“Hey lovebug, come here. Papa ada rahsia tau nak bagitau Mia. Kena bisik. Come here, sayang.”, aku cuba memujuknya, sambil menyorokkan remote TV di celahan sofa.

Walaupun dalam keadaan marah, Fabianna Mia Elisya masih mendengar cakap. Selepas menonton telemovie remake ‘Si Tanggang’ oleh pengarah terkenal tanah air, Badrullzaman Tajuddin (A.M.N) yang ditayangkan di Astro Ria tempoh hari, Mia sangat takut menjadi anak derhaka. Sampaikan setiap kali sebelum tidur, dia akan tanya aku, “Papa, betul ke kalau Mia lawan cakap papa, nanti Mia jadi basikal fixie?”. Memang sejak lahir lagi, dia dibiasakan dengan nama panggilan Mia. Aku biasanya hanya tersenyum mendengar pertanyaan tersebut. Aku mahu dia pandai berfikir sendiri seawal usianya. Dan sambil membelai rambutnya yang sedikit perang dan curly semulajadi itu, aku akan terus membacakan cerita dongeng tentang sebuah kumpulan rock lagenda yang setiap ahlinya boleh bertukar menjadi superhero, sehinggalah Mia tertidur. Kadang-kadang, kalau dia tak mahu dengar bed time story, Mia akan minta aku menyanyi saja. Tak kisah lagu apa. Cuma kadang-kadang saja dia ada request. Selalunya, dia akan request lagu Sharifah Zarina. Cukup satu lagu, dia akan tersenyum, dan terus tidur sambil peluk bantal busuk dia yang bersarungkan sarung bantal ‘Happy Tree Friends’.

Jadi Mia pun datang, terus duduk atas riba aku. Manja, tak ubah macam ibu dia. Sambil cuba menyelesaikan Rubik’s Cube 5x5 yang aku hadiahkan pada hari jadinya yang ke-4 bulan lepas, yang kalau dikira sebelum ini, sudah 341 kali diselesaikannya Rubik’s Cube itu, Mia pun bersuara, “Rahsia apa? ”, dan sekali lagi, sambil melengkapkan puzzle di tangannya itu buat kali ke 342, “Papa ni pun, tak ada orang pun nak bisik”, dia sambung.


Bersambung...

7 comments:

Budak Setan ! said...
This comment has been removed by the author.
Budak Setan ! said...

jangan cakap ko nak rogol anak sndiri mael....
darah daging ko tu...

asip محمد said...

dah.. dah.. penyakit padil ni tak boleh dibuat maen ni.. ntah mana2 mia kau ni mael.. kah3

ashraf sahdan said...

haha. babi. ingat aku bangang macam ko ke padil?

afiqsiddhartha said...

cakaplah kau nak bagitahu mia yang bini kau curang dengan jiran sebelah?

ashraf sahdan said...

cilakak afiq. macam mana kau tau? dah aku kena tukar jalan cerita. hahaha.

Daboo said...

Kamal, cuba sambung cerita ni balik. Cubalah. I punyalah tunggu. U tau tak kesabaran i senipis kulit bawang. Cewah. Hahahaha.