July 04, 2010

the uneXplained files #2 : Abang Rosli yang misteri.

Aman dan Tiloi yang tersentak dengan pertanyaan brader tersebut, berpandangan sesama sendiri sebelum memaling ke arahnya. Dari pandangan pertama, ternyata brader yang berkacamata dan berjaket kulit warna perang gelap itu, bukan orang kampung mereka. Agen perisikan barangkali. Mungkin juga CIA atau FBI cawangan Pantai Timur.

"Dengar dengar cerita, tak jumpa lagi. Bomba pun macam dah putus asa gayanya", jawab Aman sambil melakukan gerakan 'castling' untuk keselamatan 'raja' dalam permainan caturnya.

"Abang dari mana ni?" sambung Asip, merujuk kepada brader itu tadi.

"Dari Kuala Krau tadi. Ada kenduri sana. Ni on the way balik singgah minum sini. Alang-alang boleh tengok bola. Kehkehkeh. Oh, nama abang, Rosli. Mana lawan malam ni ye?" tanya brader tersebut sambil bersalaman dengan Asip, Aman dan Tiloi.

"Sepanyol lawan Portugal", jawab Aman dan Tiloi serentak.

Sementara itu, jam sudah menunjukkan pukul 2.15 pagi. Air nescafe gelas yang dari tadi tidak disentuh, kini baru dihirup sikit-sikit oleh Aman. Kemudian dibakar lagi sebatang rokok Nusantara hijau, menghilangkan kebuntuan. Sesekali dia menepuk tampar kakinya yang digigit nyamuk. Abang Rosli yang tadi duduk di meja sebelah, merapatkan kerusinya ke meja tempat Aman dan yang lain sedang duduk.

"Ha ha ha, checkmate!", jerit Aman.

Tiloi hanya menggaru kepala. Setakat ini, daripada anggaran keseluruhan 50 perlawanan caturnya bersama Aman, dia baru menang 3 kali. Jadi dia sudah biasa.

"Abang tau ke pasal kes orang mati lemas tu?", tiba-tiba saja persoalan itu keluar dari mulut Asip yang dari tadi diam membisu bermain telefon bimbit. Tengok porn barangkali.

"Abang sebenarnya, tau lagi awal dari kamu semua", jawab Abang Rosli.

"Hah?", serentak terkeluar daripada mulut Asip, Aman dan Tiloi dalam nada separuh terkejut.


bersambung...

3 comments:

Sang Harima said...

Abang Rosli muka dia macam mana? bekeng tak?

fndrocka said...

jeng jeng JENG . . .

Anonymous said...

cepat sambung cerita nie..