July 05, 2010

Don't let her waste your time

"Oh, that's 8.40 please, love"

"Keep the change"

"Err, do you want a receipt?"

"Oh, no"

"Alright. Well, mind how you go, love"

Setelah memberi not sepuluh ringgit, gadis blonde yang baru tiba dari Perancis itu lantas turun daripada teksi tersebut. Dia membetulkan sedikit skirt paras lututnya yang senget itu. Kemudian dia menyikat rambutnya menggunakan kedua-dua belah tangannya, lalu menarik nafas panjang sebelum melangkah masuk ke bangunan itu, bangunan yang sangat dikenalinya, yang berdiri di hadapannya itu, sebuah hotel 3 bintang di Pantai Timur.

Ini bukanlah kali pertama dia ke Malaysia dan juga hotel tersebut. Dulu, lebih kurang 4 tahun lepas, dia pernah ke sini, menyelesaikan satu misi membanteras sindiket penjualan senjata api antarabangsa. Di hotel itu jugalah, dia bertemu dengan seorang lelaki tempatan yang bernama Sahak, dan buat pertama kalinya dalam hidup gadis yang bernama Felicia itu, dia jatuh cinta dengan lelaki tempatan ketika menjalankan tugasnya yang sangat berbahaya, atau dangerous cakap orang putih.



Sahak, walaubagaimanapun, bukanlah nama sebenarnya. Kalau dalam kad pengenalan, namanya tertera sebagai Ishak bin Mohd Nor. 4 tahun lepas, Sahak telah terkorban ketika cuba menyelamatkan Felicia yang sedang bertarung dengan ketua sindiket penjualan senjata api antarabangsa yang dikenali sebagai Roberto. Ketika itu, pertarungan sedang sengit dan hampir dimenangi oleh Felicia, sehinggalah tumit kasutnya patah dan kakinya tersangkut di besi jejaring longkang. Dia tidak dapat bergerak selain merengek-rengek menahan sakit. Ketika itu, Roberto hampir saja menikam Felicia dengan pedang, namun Sahak datang sepantas kilat dan menadah dadanya sebagai ganti, lantas memberi peluang buat Felicia menikam Roberto dengan pisau lipat sebanyak 13 kali.

Peristiwa sedih itu, tentu saja akan kekal dalam ingatan Felicia buat selamanya. Namun, dia tidak boleh bersedih kali ini, kerana kedatangannya kali ini, membabitkan misi yang tidak kurang dangerous. Jadi, dia perlu fokus. Setelah selesai check in dan mandi lebih kurang, Felicia terus bergegas ke tempat di mana dia perlu bertemu dengan seseorang. Kali ini, dia menyewa kereta. Lebih mudah.

*****

Ok ok. Senang cerita macam ni lah. Saya pun dah malas nak tulis panjang-panjang. Mengantuk. Biar saya mengaku. Memang saya batalkan date kami, dan Felicia pulang ke Perancis dengan muka masam. 2 jam juga dia tunggu saya tak datang. Tengok bola.

6 comments:

asip محمد said...

asyik cerita pasal perempuan.. gambar tak tunjuk skali.. mana aku nak bayangkan.. dari tadi aku baca asyik bayangan maria ozawa yg muncul.. cehh..

Amal said...

kau pandai cakap perancis mael? sejak bila ni?

Koyuki said...

nak makwe perancis ajer..from paris with love eh?kehkehkeh..

tQa_elRic said...

haHA

SIAN awEk mUng

=p

jo said...

ah...ada maksud tersirat ni....

aloy_paradoks said...

huh rugi la,, Perancis tu...