July 06, 2010

Kalau ada senarai benda paling susah di dunia, ini nombor satu.

Berhenti merokok.

Adalah satu perbuatan di mana seseorang itu, jika perokok, tidak lagi membakar sejenis flora yang bernama tembakau, yang dibaluti oleh helaian kertas pembalut yang terpilih, samada selepas makan, melepak, tukar tiub motosikal, bahkan menulis blog sekalipun, atau bila-bila masa saja.

Kebanyakan perokok, terutamanya lelaki, semestinya merasakan bahawa rokok adalah salah satu elemen yang perlu ada untuk kelihatan cool & macho, selain rambut pacak dan kolar tegak. Macho di sini bermaksud, untuk menarik perhatian wanita-wanita single yang urban. Urban pula di sini bermaksud, oh well, kau sendiri tahu macam mana. Kebanyakan lah. Bukan semua.


cool & macho

Kebanyakan perempuan pula, sama ada urban ataupun tidak, memang tak suka dengan habit merokok ini. Pelbagai peringatan diberikan kepada boyfriend-boyfriend, atau suami-suami mereka tentang kesan negatif asap rokok kepada keluarga, jiran tetangga, penipisan ozon dan juga hubungan kelamin. Tapi semua peringatan itu, ibarat mencurah air ke daun keladi bunting.

pokok keladi bunting

Kalau diikutkan, mathematically, jika kau hisap rokok Pall Mall, katalah sehari sekotak, sekotak pula RM7.80, darab dengan setahun, jeng jeng, kau belanja RM2847 untuk rokok. Annually. Kalau tahun lompat, dia kurang sikit lah. Itu sekotak. Kalau dua kotak? Peh. Kalau rokok Dunhill pula, dia jadi lagi mahal. So, sebenarnya, setegar mana pun seorang itu merokok, memang ada di hati kecilnya ingin berhenti merokok, setelah membuat sedikit kira-kira. Sungguh.

Yes, the ide is very simple, iaitu dengan tidak membeli rokok. Tetapi, kalau tak beli rokok pun, masih ada rokok kawan-kawan, abah, abang ipar, adik bongsu yang boleh diharapkan. Pheww, susah sebenarnya nak berhenti merokok. Dah 7 tahun saya fikir macam mana nak berhenti.


nota-noti : Kalau you (atau you yang sebelum you, atau you yang sebelum sebelum you) baca, you tengok, bukan i takmau berhenti. Tapi tak sampai seru lagi. Mungkin juga kita tak ada jodoh...

5 comments:

jo said...

bila nak sampai serunya tu mael?
cerita saja takde guna...

ace farhan said...

Betul.Bagus gila post neh.Kalo bole like dah lama gua like macam kat fesbuk.

Gambar Obama stylo la sial.Mesti lu bergaduh dengan bini pasal rokok.kehkehkeh.

fndrocka said...

aku tak hisap rokok..kiranya aku dapat jimat RM2847 berbanding kwn2 aku.

pergh..nanti iphonee4 kuar.aku nak beli..pastu nak bagi motivasi kat dorang untuk berhneti merokok.

tapi tak sure lah kalau dorg boleh rasa iphone4 lagi urban dari rokok ke tidak

Kontest Hanis & Mira terlambat pergi Exam

Anonymous said...

seru ni kadang2 nak dekat tua2 baru dia reti nak datang...
itupun kalau datang..

Anonymous said...

damn sapa yang suruh berhenti rokok tu!