July 03, 2010

the uneXplained files #1 : 2 pagi yang tak berapa creepy.

Suasana tenang. Jalanraya kelihatan sunyi tanpa banyak kenderaan lalu-lalang. Hanya beberapa buah lori balak saja yang lalu sejak sejam yang lalu. Sesekali terdengar bunyi katak dari semak-semak berhampiran kedai makan itu. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Dan angin malam terus menghembus kepulan-kepulan asap rokok yang kemudian lenyap ditelan kegelapan.

"Mek Ti, cuba senyum sikit muka tu, tak comel lah masam masam", tegur Asip kepada Mek Ti yang sedang menyapu lantai.

"Menyapu mano buleh senyum, nanti oghe ingat gilo pulak", balas Mek Ti dalam loghat Kelantan.

Mek Ti seorang gadis siam, berumur dalam lingkungan 17-18 tahun. Sudah hampir 8 bulan dia bekerja di Kedai Simpang sebagai pelayan. Mek Ti tak pandai baca Bahasa Melayu. Ambil order pun tulis siam. Kadang-kadang, sms pun orang yang bacakan. Tapi sebab Mek Ti comel, ramai mat rempit yang baik dengannya. Kadang-kadang, kalau ada masa lapang, Mek Ti belajar mengeja dengan Asip yang juga regular customer Kedai Simpang. Asip tu pun, bukan boleh harap sangat. Masuk Tingkatan 3 baru pandai eja 'helikopter'.

"Mek Ti yang comel, cuba angkat pinggan hok mana dah kira bawa belakang sebelum abang terbalikkan meja ni", sound Aman yang sedang bermain catur bersama Tiloi dengan pinggan berselerakan di atas mejanya. Dia menjeling tajam ke arah Mek Ti yang sedang bergurau senda dengan Asip.

Mek Ti dengan mulut mengajuk cakap Aman, terus menurut perintah. Dia sudah biasa begitu. Kalau Aman datang, papan catur menjadi menu utamanya, kemudian barulah nescafe gelas. Sebab itu Aman tidak boleh terganggu bila sedang bermain catur. Dan Mek Ti sering dimarahi kalau buah catur tidak cukup ataupun hilang dan terpaksa diganti dengan getah pemadam. Tapi teguran Aman malam itu, barangkali kerana cemburu melihat dia bermesra dengan Asip. Persoalah itu membuatkan Mek Ti tersenyum sendirian.

"Dah masuk 4 hari. Tak jumpa lagi mayat tu?", tegur satu brader dari meja sebelah.


bersambung...

4 comments:

Amal said...

dah jumpa dah lah mayat tu. tehehehe

asip محمد said...

apa cutting badan mek ti??

jo said...

wah..misterius betul...ni asip yg bagi komen ni sama la dengan watak cerita ko?

ashraf sahdan said...

bukan lah jo.