June 01, 2010

Flotilla Massacre dan kesannya (entri separa serius)

Saya sebenarnya sudah lama tak tengok berita TV, lebih-lebih lagi berita RTM & TV3 yang gemar bercerita bohong. Saya tak cakap semuanya bohong. Mengenai berita artis naik turun mahkamah kes cerai dan perpindahan Jose Maurinho ke Johor Pasir Gudang FC, betul. Berita dunia juga betul. Tapi berita dalam negara, hal-hal pilihanraya, ah, tak payah lah saya cerita.

Nak dijadikan cerita, waktu saya mahu keluar rumah pergi ke melepak semalam, sambil berjalan keluar dan pisang goreng di tangan, saya tertarik dengan satu berita mengenai sebuah kapal yang sedang dalam misi keamanan ke Gaza ditawan oleh tentera Israel. Lebih kurang 19 orang terbunuh manakala berpuluh yang cedera. Okay okay, saya yakin semua orang sudah tahu pasal Flotilla Massacre ni. Jadi tak payah lah saya bercerita panjang panjang.

Saya mengaku, kejadian ini memang kejam, tapi saya tidaklah terkejut kerana sebelum ini pun bukan tak pernah jadi benda macam ni. Mungkin publisitinya tidak meluas atau kita sendiri yang malas mengambil tahu. Tapi kau rasa, Israel nak bertanggungjawab ke atas kejadian ni? My ass..! Selepas ni, kita semua tahu, benda ni mesti dibawa naik ke PBB, kemudian PBB bermesyuarat bla bla bla and finally, Israel didapati tidak bersalah atas alasan keselamatan, pertahanan, dan otak letak dalam poket seluar. Stupid PBB.

Selepas itu pula, negara-negara Islam semua akan bermesyuarat di OIC dan deklarasi mengutuk kekejaman Israel akan dijalankan selain menghabiskan duit rakyat dengan memanggil pak-pak Arab semua bersidang di hotel-hotel mewah. Langkah pertama, segala produk ciptaan Israel akan diboikot. Ha ha ha. Dari zaman bila? Kau hisap rokok Marlboro dah 20 tahun, sekarang baru nak boikot? My ass..! Okay, hasil daripada persidangan OIC ialah, banyak kereta Proton Perdana murah murah dengan nombor plat 'OIC XXXX' akan ada atas jalanraya lepas tu.

Persidangan persidangan seperti ini, bukan semua tak berjaya. Ada yang berjaya, tapi biasanya tak berjaya. Macam dulu, ada satu kes Israel lepaskan satu peluru berpandu dekat tengah-tengah bandar apa entah. Alasan dia tentera tentera Islam sudah shuffle sama orang orang awam. Amerika waktu tu bukan main sengih, sebab budak-budak PBB semua senyap buat buat sibuk memasak lempeng di dapur.

Sebenarnya, semua conferences ini, selain menghabiskan duit, juga menghabiskan air liur dan air lutut. Kau nak tembak Israel, kau takut sebab Amerika back up besar dia. Kau nak perang psikologi, nak boikot barang dia, memang takkan boleh, kecuali kau memang orang asli duduk Amazon kerja makan tapir tak pernah jumpa McDonalds. Jadi, saya rasa, kalau nak lawan Israel, seorang paling kurang kena bela 4 ekor toyol. Barulah cepat sikit diorang miskin.

11 comments:

farwalis said...

ada kabel jual toyol?

.Gory. said...

Tapi, aku ingat Israel dah letak pelaris la dekat McDonalds.

Cuba kau tengok ikut celah kangkang.

racYnc said...

lu ade toyol x???

Afique Zainuddin Ahmad said...

Gua malam tadi tengok laman sosial yang mark zuckerberg(geng israel) buat,banyah sungguh orang dok buat status,komen mengkritik geng geng israel ni. Tapi gua terfikir jugak, macam mana kita nak lawan geng geng israel ni,sedangkan kita secara direct or indirectly masih bergantung pada diorang?

Gua dah tak tau apa nak cakap,benda ni dah terlalu lama berlarutan,tapi langsung tak ada apa2 tindakan. Balik2, geng geng yahudi ni jugak yang menang..... pasal tu la gua respek gila dengan geng geng yahudi ni..tu belum gua sentuh mecdonel lagi ye dok?

diela said...

toyol tu xley blah la bro..mna ley bela2 minatang tu..hampe..hehe\
but 1 yg sy stuju bab PBB n OIC..mna diorg tme negara Islam plukan..tp klu bkn ngra Islam..hui ko..lju jer dia bela..rsa nk bgi side kick kpd mrka yg btanggungjwb tu

Sang Harima said...

Tak susah la tak nak makan mekdi. Gua 2 kali je makan mekdi (pakai duit gua), sekali beli aiskrim masa panas sangat-sangat, dua beli burger delivery bayar separuh..

Roronoa said...

habis tu bila kita nak bertolak ke gaza ni?

Amal said...

air lutut?
my ass..!

jo said...

gua tak makan mekdonel. diet.















tapi kalau ada sudi yang belanja, gua ok ja..

ashraf sahdan said...

farwalis,
tak ada lah. sekarang ni market dia kurang, susah nak cari.

gory,
tengok apa ikut celah kangkang?

racYnc,
belum ada lagi.

hekal,
betul, betul tu. tapi lu punya komen ni dah boleh kasi bikin satu lagi entri lah brader.

diela,
sidekick, jangan tak sidekick. ha ha ha.

sang harima,
ah, makan jugak. benda2 lain banyak lagi lu guna produk diorang.

pyol,
tengok lah nanti kalau ada masa lapang. sekarang ni memang sibuk sikit pergi memancing.

syLph,
air kelapa laut.

jo,
gua pun sama macam lu. tunggu orang belanja. kehkehkeh.

sarah said...

bomoh kan jek israel ni.
mcm orang kita yang terkena buatan orang tu.bia die terseksa.mati.

so,mari kita berdoa demi keselamatan umat islam yang masih hidup lagi disana.

Powered By Blogger