June 02, 2010

Mimpi

Ramai yang bertanya saya, kenapa entri-entri lama di blog saya dah tak ada? Ha ha ha. Sebenarnya, itu hari, ketika saya sedang tidur, saya telah bermimpi. Di dalam mimpi tersebut, saya telah didatangi oleh 3 orang wanita seksi. Wajah mereka tidaklah secantik mana jika dibandingkan dengan Maria Farida, tapi seksi.

Wanita pertama, dalam lingkungan usia 25 tahun dengan saiz buah dada 32D telah berkata kepada saya, 'abang, saya datang jauh dari Perancis dengan hajat mahu memberi abang ini', katanya dalam Bahasa Inggeris berterabur sambil menghulurkan sepasang kasut Jack Purcell lusuh kaler merah. Saya macam pernah tengok kasut tersebut dekat bundle Uptown Shah Alam kalau tak silap. Tapi biarlah, sebab saya akan buang juga nanti. Lebih kurang 2 saat selepas itu, dia ghaib begitu sahaja, tapi meninggalkan bau kentut. Celaka.

Wanita kedua pula, yang nampaknya lebih muda, saya syak dalam lingkungan 18-20 tahun, sambil tersenyum lebar nampak gigi tiba-tiba mengeluarkan sesuatu dari dalam colinya. Kelihatan seperti uncang, tapi tidak diketahui apa isi di dalamnya. 'Saya tinggalkan di sini ya, bang', katanya lalu meletakkan uncang tersebut di kepala katil tempat saya berbaring, lantas dia hilang dari pandangan saya dalam masa kurang dari 3 saat. Sebelum ghaib, sempat lagi dia buat lovebite di leher saya. Jenis kurang ajar.

Wanita ketiga, pada pemerhatian saya, berusia sekitar 30-35 tahun. Berdasarkan skirt atas lutut, beg tangan Louis Vuitton palsu, serta rambut hitam beralun yang digayakannya, saya membuat andaian bahawa dia adalah seorang janda. Muka pun ada macam Rozita Che Wan siikit-sikit. 'Hah, apa yang kau bawa untuk aku pula?', tanya saya garang sambil usha atas bawah lebih kurang. Dia hanya tersenyum nipis, seperti watak perempuan villain dalam drama-drama TV. Tanpa berkata apa, dia meletakkan beg tangannya di atas meja di tepi katil, lalu duduk di sisi saya. Oh ya, dia berbau wangi. Bau wangi yang saya kenal, One Drop Perfume kalau tak silap saya. Ceh, murah. Sambil membelai rambut saya yang sedang menikmati kelazatan buah kiwi import dari New Zealand, dia membisikkan sesuatu ke telinga saya.

'Tutup mata you kejap, I ada surprise untuk you', katanya di tepi telinga saya, lemah lembut.

Tanpa bantahan, dan seperti dipukau, saya yang sememangnya garang dan sukar dibawa berbincang terus memejamkan mata. Kemudian, dengan tangan masih membelai rambut saya, dia berbisik lagi.

'I kira sampai 3, baru you buka mata okay, sayang?', Masa ni saya macam what the fff?? sayang?? bila saya keluar tengok wayang cerita 'I'm Not Single' dengan dia sampai dia panggil saya sayang? Walau bagaimanapun, saya tidak menyuarakannya, takut dia berkecil hati dan bertukar menjadi biawak komodo. Maklumlah, mimpi. Kadang-kadang Mat Kacau pun boleh masuk dalam mimpi. Jadi saya mengambil keputusan untuk berdiam diri dan mengikut arahannya.

'Satu...dua...tiga...', bisiknya manja.

Selepas kiraan tiga, saya membuka mata dan alangkah terkejutnya saya apabila saya sudah berada di tepi rak TV. Celaka, saya sudah tersedar dari tidur yang mimpi dia boleh tahan syok. Saya tengok jam, pukul 11 pagi, 30 April 2010. Shit, saya sudah terlambat! Saya bangun cepat-cepat, kemas tempat tidur lebih kurang, mandi dan makan sarapan. Tiket balik Jengka pukul 12 ni woi.

Sampai di Pekeliling, saya beli tiket Jengka pukul 3 petang. Kedengaran azan Zohor dari radio bas pergi Genting. Kari ayam Babas sungguh!

13 comments:

stiffler said...

apa kena mengena mimpi dengan entry lama hilang?..

Koyuki said...

jack purcell gua da 7 tahun...sayang


hai mael..

(sambil angkat ketiak lambai2)

Koyuki said...

gua komen 2 kali..rindu

lu merajuk lagi ke dgn gua ni...

Sang Harima said...

Gua ingat, lu nak buat blook la.. tu pasal lu tak bubuh entri lama-lama. Ke gua silap??

farwalis said...

aku ingat perempuan tu delete entri kau...

silap aku

jo said...

mimpi basah la tu..sejam pun tak sempat sampai pekeliling..sebab mandi wajib lama sangat...jenis bengap.













(sedap gila mengutuk lu, mael)

syed hafeez said...

shit! gua nak entri pasal hlib dengna pkok pisang tu balikaji ta

sarah said...

haha

ateeka amer said...

dengan perempuan, tak pernah menang.

ashraf sahdan said...

stiffler,
entah, gua pun tak tahu sebenarnya.

koyuki,
hai. mana ada gua merajuk lah.

sang harima,
lu silap lah kalau macam tu.

farwalis,
kau pun silap. ha ha ha.

jo,
one word. celaka..!!

syed,
tulis molek-molek sikit boleh tak?

sarah,
ha ha.

ateeka amer,
dengan yu, ai selalu menang kan?

syed hafeez said...

shit!
gua nak cerita pasal haji talib dan pokok pisangnya

.Gory. said...

Mimpi jenis hancing keluar kencing warna putih tak habis.

ashraf sahdan said...

Syed,
dah tak ada lah gua rasa.

gory,
ini mimpi seram sebenarnya, gua belum cerita starting dia lagi.