May 22, 2010

Thunder Cat

Sejak tahun 2000 lagi, waktu saya darjah 4, saya sudah mula pandai lari rumah naik bas pergi KL rumah kakak saya seorang diri. Biasanya saya akan lari rumah pada waktu cuti sekolah kerana malas buat kerja sekolah. Bukannya mahu biadap dengan guru atau orang tua, tapi sebagai seorang pelajar berwawasan dan malas kapur kasut, saya berasa amatlah perlu saya ke KL untuk membawa pulang alat mainan yang paling power untuk buat berlagak masa sekolah buka nanti. Sebagai contoh, pada tahun 2000 itu, saya telah dianggap pioneer dalam memperkenalkan enjin hitam berjenama Tamiya dalam permainan 'kereta dash' kategori litar longkang sekolah agama. Tapi jenama Tamiya ini tak lama dia up, lepas Proton Perdana keluar, ramai budak demand enjin V6. Celaka.

Pada cuti pertengahan tahun 2001, semasa dalam perjalanan ke KL, tempat duduk sebelah saya di dalam bas tersebut tiada orang. Sebagai pelajar yang berbasikal ke sekolah, saya rasa sangat bosan sebab tak ada brader-brader nak buat bersembang dekat sebelah. Jadi saya mengambil keputusan untuk tidur dengan harapan, bangun nanti saya sudah berada di depan TV. Namun jangkaan saya ternyata meleset. Waktu bas berhenti ambil orang dekat Temerloh, saya terjaga. Masa tu saya tengah mimpi Thunder Cat kalau tak silap. Kurang ajar punya bas.

Di Temerloh, bas yang tadinya tiga suku penuh, bertukar menjadi penuh. Dan ketika inilah, ada satu makwe cun datang duduk sebelah saya, dan kami bertukar senyuman. Dari pemerhatian secara zahir, saya anggarkan makwe tersebut berumur lepasan SPM atau kurang daripada had kelayakan mengundi. Dalam lingkungan itu saja lah, kalau lari pun, 3, 4 bulan saja. Mengikut waras minda, saya fikir amatlah tidak sopan jika saya cuba-cuba mengorat makwe yang dua kali ganda umur saya. Kalau kena penampar masa tu, berkaca jugak mata rasanya.

Oleh yang demikian, saya mengambil keputusan muktamad, bahawa saya perlu tidur dan mimpi Thunder Cat tadi mestilah bersambung sebelum bas naik highway Karak. Jadi saya perlu fokus, kerana jika tidur saya terganggu, Thunder Cat tadi mungkin akan bertukar menjadi seorang ketua pengawas yang sikat rambut belah tengah.


Peh, mengantuk gila buat karangan tengah-tengah hari.

7 comments:

kookey said...

skema, yet sexy. haha

sarah said...

main kereta tamiya lebih best dari main lego :)thundercat tu macam cerita catdog ke?

mizi said...

ish apa nih tak layan thunder cat.

aku said...

thunder, thunder, thundercat whooo...

Sang Harima said...

Bila lu kata lu dah naik bas seorang diri masa darjah empat. Gua cukup kagum.

Kalau gua main layang-layang, gua try pilih gambor Thunder Cat dulu, baru Doraemon.

ateeka amer said...

lama2 baca boleh rabun ni

Ikman said...

hoi. takde button older entry.
reformat blog ke apa.