June 03, 2010

Bengap

Tinggal sebilik dengan moron, memang menyakitkan hati. Lebih-lebih lagi apabila semua perkakas di dalam bilik, terpaksa dikongsi. Baik seluar futsal, buku matematik, broadband, kerepek pisang, krim gamat, meja bersolek, pencuci muka tinggal hujung-hujung, sampailah ke charger telefon, semua kongsi.

Saya pernah tinggal dengan moron ini, mari kita gelar dia sebagai Mus. Mus ini, dari segi fizikalnya, muda setahun daripada saya. Dari segi teknikal pula, dia adalah anak saudara saya yang paling sulung dan bengap seperti mentega kacang. Jika disenaraikan 9 perkara paling bengap di dunia, dia mungkin di tangga ketiga, siapa tahu.

Selain boleh menghafal lagu Wondergirl dalam masa kurang daripada 1 jam dan menyanyikannya dengan suara screamo, Mus juga mempunyai kebolehan menghadap FL studio selama berapa jam tak tau, dari 6 petang tadi sampai sekarang belum habis, tanpa makan dan hanya dressing bertuala.

Kau ada anak saudara macam ni? Jangan cakap anak saudara lah, buddy lah. Ada?

9 comments:

sarah said...

sharing is caring ;D

jo said...

takde...takde...

stiffler said...

takde..takde..lu sorang saja pelik dapat sedara macam tu..

syed hafeez said...

ni anak saudara lu yang lu bawak jumpa gua dulu masa kat OU ke apa? yang baju avenged sevenfold tu

deus X machina said...

sungguh malang nasib lu

mungkin dia calon sesuai ganti benitez...sapa tau
ekekekeke

ateeka amer said...

terlalu muda untuk ada anak sedara baya2 diri sendri la. takde.

diela said...

hahaha..sbr aje la

Koyuki said...

hahah..beliau baca ke tak ni?
prihatin betul bapak sedara...

amaL said...

kesian mus weh. hahaha