June 06, 2010

Bukan soulmate. Bukan.

12 jam. Tak ada lah lama mana kalau nak diikutkan. Tengok movie, main internet lebih kurang, dah setel 4 jam, kalau ada Facebook, boleh setel terus 12 jam. Tapi tak bagi Hezry. Semua benda dibuatnya, serba tak kena. 12 jam itu dirasakannya seperti 12 hari. Lama. Dia dah tak boleh sabar lagi.

Hezry ada temujanji. Dengan teman wanita barunya. Kenal di Myspace. Tak pernah jumpa lagi, baru kali pertama nak dating. Malam itu, jenuh Hezry fikir, nak pakai baju apa, seluar apa, nak tengok wayang cerita apa, keluar pergi mana, nak makan dekat mana, dan macam-macam lagi persoalan yang bermain di minda simple miliknya. Di sebalik kecelaruan itu, dia sebenarnya dah tak sabar nak jumpa kekasih barunya.

Selesai melakukan tekan tubi dan mandi, Hezry mengenakan pakaian yang dirasakan paling kool pernah digayakannya. Saat dia mahu mencapai kunci kereta di atas meja, telefon bimbitnya berdering menandakan ada orang call. Lagu Kaiser Chiefs. Hezry terduduk di atas katil. 5 minit kemudian, dia tersengih-sengih. 10 minit, dia terbaring. 15 minit, dia peluk bantal...

Teman wanita(Yahoo Messenger)nya telefon.

3 comments:

ape2 jer said...

hehe awek facebook..awek tagged dan lain2 x de ke? kui3

loqhf'' said...

ni cerita zine ke weyhh...

loqhf'' said...

lupa nk cakap,ni gua pyol la...
gau stick dengan soalan gua td...

Powered By Blogger