February 12, 2012

Sedutan sebuah novel urban yang belum ada tajuk lagi.

Elisha

Dua minggu lepas adalah detik pertama pertemuan kami. Aku berhenti menari serta merta setelah perasaan aku kuat mengatakan bahawa aku sedang diperhatikan. Di kelab malam di kawasan sub-bandar itu, di sebalik cahaya lampu yang berwarna warni dan bayang-bayang manusia yang sedang terkinja-kinja seperti dirasuk syaitan melayan dan menari mengikut rentak lagu Katy Perry remix itu, aku lihat dia bersandar di sudut ruang tari itu, memeluk tubuh. Dengan keadaan begitu, tidak banyak yang aku dapat lihat, semuanya samar-samar. Dia kelihatan sangat tenang dan tidak terpengaruh, walau sedikit pun, dengan irama dan dan segala keseronokan yang ada di kelab malam itu. Apa yang aku dapat rasakan, matanya tepat memandang ke arah aku sejak dari aku mula menari tadi. Seolah-olah aku ditilik oleh seorang penembak tepat, seolah-olah aku sedang diintai ketika mandi oleh jiran aku di bilik mandi kampung, begitulah perasaan yang aku alami ketika itu – berdebar dan marah dan dalam masa yang sama juga, aku tertanya-tanya, siapa dia?

Aku kembali ke meja untuk mendapatkan minuman. Rina yang memang dari tadi hanya melepak di meja bersama Kifli – teman lelakinya, terus menghulurkan minuman kepada aku seolah-olah sudah tahu bahawa aku sedang kehausan. Dengan sekali teguk sahaja, habis minuman di dalam gelas kecil itu aku minum. Keadaan di dalam kelab itu hangat. Malam minggu, biasalah. Ramai manusia yang kebanyakannya seperti aku, membuang segala masalah di dalam kepala sepanjang 5 hari bekerja dengan berhibur di kelab malam. Ianya berkesan, walaupun hanya untuk seketika.

“I nak pergi toilet kejap lah”, kata Kifli kepada Rina. Sambil itu dia menghabiskan saki baki Heineken di dalam gelasnya itu, “Jom! Nak ikut tak?”, Kifli mempelawa aku dan Rina untuk ke tandas. “Taknak lah”, kata Rina sambil mencebikkan bibir. Aku juga turut menggelengkan kepala. “Nanti jangan mengada nak ajak I pergi toilet dah”, balas Kifli sambil menjeling Rina. Rina menjelirkan lidahnya saja, kemudian tersenyum sambil Kifli bingkas bangun untuk ke tandas.

“Rina, you nampak mamat hujung tu? I rasa kan, dari tadi dia macam perhatikan I lah”, tanya aku kepada Rina sambil memuncungkan bibir ke arah penjuru kelab malam itu.

"Elisha, you ni kan, memang suka perasan tau. Mustahil lah dia tengok you. Sini dah laa crowded, dia duduk jauh pulak tu.", balas Rina menafikan naluri aku.


Amacam? Stedi ke power? Tu belum masuk sex scene lagi tu. Peh. Tapi, setelah menulis sampai situ, aku rasa.....aku rasa......memang malas dah aku nak sambung. Kah kah kah.

5 comments:

Wadi AR said...

masih stedi lg. mohon sambung. aku tunggu

ashraf sahdan said...

kahkahkah. malas laa.

Wadi AR said...

sambung je. aku tunggu gak

poyotito said...

part blue tu bak gua sambung woi, kah kah kah

marni tak sama dengan traparani said...

celakanya.Deus le ni mendorong gua membaca!patern patern Pipi jugak menangguh nangguh cerita.

Powered By Blogger