February 09, 2012

Parodi Novel 'Awek Chuck Taylor' (Unreleased)

Sebelum itu, izinkan aku mengucapkan fuck you kepada Leplep, Razman, Deus, dan Siggplus for making this parody not happen! Fuck you!

Ini aku tulis, 3 hari sebelum launching Awek Chuck Taylor.


PRE-LOG: HEY BIAWAK!

Hari pertama datang ke sekolah, tak kenal sesiapa kecuali diri sendiri. Aku datang kembali ke sekolah - pakai baju sekolah, pakai seluar sekolah, pakai kasut sekolah. Ah, skema! Itulah, dulu dah masuk universiti, kena buang. Main twitter banyak sangat - UPSR lah yang nak menyelamatkan keadaan.

Cikgu suruh tunggu kat bilik guru. Berdiri di tepi fire extinguisher. Macam bangang. Nama cikgu tu, Cikgu Suliha. Ah - 95 minit berdiri Cikgu Suliha belum tiba. Pandang atas bawah, Cikgu Suliha masih belum tiba. Tiba-tiba, Cikgu Suliha pun tiba. Aku halakan fire extinguisher ke muka Cikgu Suliha, dan tekan sepuas hati. Cikgu Suliha usha panas.

“Kamu nak apa?”

“Err.. saya hari tu ada hantar surat permohonan nak masuk sekolah ni”

“Kejap, bagi saya duduk dulu”, kata Cikgu Suliha sambil membersihkan debuan fire extinguisher di mukanya tadi. Ego cikgu, biasalah. Nak kena sembur lagi agaknya.

“Ermm, kamu Hafiz bin Shahrul Naim ?”

“Ya, saya cikgu.”

“Tapi kamu dulu.. dah masuk universiti, kenapa nak masuk sekolah balik?”

“Sebab saya nak buat akaun twitter baru dan mulakan hidup baru.”

“Mulakan hidup baru? Haha, kamu ingat kamu lawak? Kepala tengkorak kamu! Ooo, dah sembur saya dengan fire extinguisher dekat muka, nak masuk sini. Kamu jangan ingat UPSR ni tempat untuk bermain-main fire extinguisher!”


*********************************************************


Ok aku dah discover tweethandle dia. Nama dia Sheila. Kenapa aku gabra sangat dengan Sheila ni pun aku tak tahu.

Sepanjang di kantin aku makan sorang-sorang - tanpa melihat kiri dan kanan. Dalam bersikap lone ranger, tiba-tiba ada member sekelas aku tegur.

“Weh, kau ke budak baru kat dalam kelas?”

Aku mengangguk-gangguk kepala. Dia hulur tangan, salam. Aku salam dia balik. Dia tarik tangan. Dia main acah-acah salam. Aku hulur tangan, salam. Dia terus cium pipi aku.

“Tweethandle kau apa?”
“Hafiz, kau?”
“Aku AfiqSiddhartha, nanti follow tau. Eh kau memang hidup lone ranger ke? Kau ingat kau power rangers?”
“Haha, aku kan baru kat sini, boleh ke jadi power rangers?”
“Kau tegur-tegur la, karang kitaorang ingat kau power rangers”
“Eh aku memang power rangers, tapi aku macam segan je dengan kauorang”
“Eh ok la Hafiz, aku gerak dulu. Bosan doh sembang dengan kau. Apa-apahal lepak la dengan aku dengan Razman”
“Ok ok, aku lepak”

Aku nampak Sheila dengan kawan dia. Dia pandang aku lepas tu senyum kat aku. Aku dah stim.


*************************************************************


“Hey awak!” tiba-tiba aku yang sedang shuffle ketika itu terkejut beruk lalu jatuh terpeleot. Oh shit, it’s Sheila. Malu sial - dengan air liur boleh pulak meleleh tanpa kawalan.

“Awak nama siapa?”
“Err, Hafiz.”
“Sheila. Eh bosan doh cakap dengan awak ni. Dah la. See you soon!”

Ah, celaka apa tanya nama je, lepas tu got to go? Aku ada harapan baru ke?

Sebenarnya aku masih frust dengan kehidupan yang lepas. After series of dumpnation - aku rasa aku ni terlalu buruk seperti raksasa Gorgon yang sedang shuffle di tengah bandaraya Tokyo. Hanya menanti Ultraman untuk difire.

Sheila - something about her yang aku wonder. Dia berjalan macam dibalik silhouette cahaya matahari. Ok aku tengah makan bebola ayam. Ok dia cantik lah, yang boleh buat aku menggeletek perut sendiri tapi best. Memang poyo main perut sendiri. Tapi best. Ah bullshit la bebola ayam ni!

Muka Sheila pula mengingatkan aku terhadap seorang pengacara rancangan terkenal di Amerika, Oprah Winfrey. Bagi aku dia sahaja punca aku bersemangat untuk mulakan hidup baru selepas bencana yang melanda diri aku.


*************************************************************


Cikgu Bahasa Malaysia dah masuk. Aku menongkat dagu sambil mendengar cikgu kat depan cakap. Couldn’t believe by my words lepas makan kerepek bawang kat kantin sekolah, “Everyday I’m shuffling”, kuat-kuat semalam.

Aku tulis surat baru. Pendek. Lepas ni aku nak selit surat tu kat celah sandwich Sheila waktu dia tidur nanti.

Hi there, sorry I don’t mean to be your stalker
And make your life in misery and fear
Just stares your pretty eyes from here
I’m might be far but may be so near

Mr X

OK - dah tulis. Mampus la taram je. Lepas ni tengok reaksi dia.

“Buka buku Geografi - mukasurat 12 - hari ini kita akan belajar tentang topografi muka bumi Malaysia.” kata cikgu Mariah. Cikgu ini terkenal dengan nama Cikgu Mariah Glamer walaupun kadang-kadang ada desas-desus mengatakan dia ni suka dipanggil Mariah Carey. But I don’t give a shit about Mariah Car… *Pelepoww*, tiba-tiba Cikgu Mariah Carey membaling globe di atas meja itu tepat ke muka aku.

“Eh, kertas apa dalam sandwich ni?” tiba-tiba Zila muka blur apabila mendapati sandwich Sheila yang sedang dinikmatinya terdapat sekeping kertas di sebalik tuna dan keju itu.
“E’eeeeh Zila, tu secret admirer laaaa… hehehe!” kata Sheila.
“Mr. X? Siapa Mr. X?”
“Entah-entah dia ni dah syok kat Sheila lama dah kot Zila?”
“Hmm..ala, ermm. Siapa ek?”
“Zila pulak yang sibuk ni kenapa? Dia secret admire Sheila kot, bukan Zila!”
“Hmm, terkejut la awak. Surprise. Siapa ni?”
“Eh, Zila ni dah kenapa? Cepat jilat sandwich Sheila tu dulu, tunanya dah meleleh keluar tu.”
“Aaahh..aaahh..aaahhh!”


**************************************************************


Aku sebenarnya bukan tak cukup testical juice, aku tak cukup vitamin C dan zat besi sebenarnya. Tapi aku pernah syok kat orang dan berjaya dapat, tapi setahun menanggung malu akibat attempt aku tu. Semua lepas Syahid Pinky terima aku. Lepas tu terus kena kutuk sebab aku tak sedar diri - aku huduh, tapi dapat tekel (awek cun?). Aku dah serik, lagi baik jadi secret admire je. Tak terbalas pun aku tak kisah. Samalah macam tengok porno je. Setiap kali tengok porno, mesti aku terbayangkan Syahid Pinky. Aahh! Aku cuma nak luahkan walaupun aku syok sendiri macam dulu. Biarlah tak tahu asalkan dapat aku luahkan. Lama nanti sebelum dia tahu nanti, aku berhenti la. Sebelum kena kutuk aku akan berhenti. Aku tak nak jadi sama macam kes Syahid Pinky dulu. Mana aku tau Syahid Pinky tu lelaki sebenarnya. Lipstik dengan beg sekolah dia warna pink kot.


**************************************************************


Syahid Pinky naikkan kainnya. Aku dah jadi seram sejuk.

“Nak tengok gigi Hafiz boleh tak?”

Peh - ni dah buat aku seram sejuk. Tapi aku dah gosok gigi pun anyway. Tapi kalau nampak sisa ayam kat celah gigi apa pulak ceritanya?

“Nak tengok?”

Tiba-tiba,

“BANGGGGGGUUUUUUUUNNNNN!!!!”

Fuh, selamat aku.


******************************************************************


Satu hari, deklarasi tercapai satu resolusi. Satu hubungan baru dengan awek pakai seluar jeans, kasut Pallas Jazz, t-shirt Chuck Norris dan bertudung Hana Tajima itu. Hari itu hari Jumaat, Hari Melawat Kamdar. Maka hari itulah hari terakhir - Mr X menghantar nota kepada Sheila.

Di tunggunya hari Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, - dan minggu demi minggu - Sheila tidak lagi menerima surat.

“Hafiz, kalau Hafiz beritahu Sheila siapa orang yang selalu letak surat kat sandwich Sheila tu, Sheila janji Sheila bagi dia rasa sandwich Sheila sikit. Sheila tau Hafiz suka sandwich Sheila. Sebab hari tu Sheila tanya, Hafiz nampak nervous.”

“Tak tau la Sheila. Sebab nervous hari tu sebab Hafiz memang ada penyakit nervous. Penyakit ni permananet daripada kecik. Hafiz tak boleh nak tolong. Serious Hafiz tak tahu”

Sheila terus memalingkan muka dari aku. Aku dapat nampak dia kecewa.

“Sembang dengan siapa tu?” tanya Syahid Pinky yang tiba-tiba muncul dari pintu kelas.

“Takde apa la baby, kawan kelas”

“You jangan macam-macam”

“Takde apa. I sayang kat you”

6 comments:

Wadi AR said...

best weh. aku dah bace

afiqsiddhartha said...

celaka aku tunggu jugak keluaran parodi terulung ni. sekali masuk blog je. angan angan hingusan.

Ashyie said...

apa ko merepek ni? hahahaha. pening aku.

maksurozana said...

kihkihkih. macam haram.

greek goddess said...

macam pundek.

Cob Nobbler said...

kahkahkah!

Powered By Blogger