January 29, 2012

Suatu pagi di Indianapolis

Itu hari aku balik kampung. Aku ingat, aku nak lepak lama sikit dekat kampung, nak cari ilham buat lagu rock sikit. Kah kah kah. Dua hari kemudian, akak-akak aku semua pun balik kampung jugak. Peh, jenis tiru. Terus tak jadi aku nak buat lagu rock.

Jadi ada satu pagi tu, aku terjaga lebih kurang pukul 7 pagi, akibat daripada terdengar perbualan akak-akak aku ni. Depa merungut tentang sekolah. Tentang jadual kelas tuisyen anak-anak yang padat la, tentang bagi duit belanja sekolah 5 ringgit pun tak cukup la, tentang air kat kantin sekolah mahal la.

Lepas tu aku pun bangun. Aku keluar bilik dengan rokok kat mulut.

"Baler, pagi-pagi dah mengumpat sekolah", aku cakap.

"Bukan mengumpat laa ngok. Orang cerita harga air kat kantin tu mahal. Air sirap jual seringgit. Air kotak 2 ringgit. Gila ke apa?", satu akak aku ni cakap.

Aku angguk tanda faham. Aku cakap, "Kalau gitu, nanti anak aku sekolah, aku nak suruh dia bawak mesin tebu. Time rehat tak payah beli air kat kantin, perah air tebu sendiri."

Serta-merta depa tukar topik lain. Haa tau kalah. Aku dah agak dah solution aku power.

Lepas tu aku pergi bersenam.

1 comment:

asip محمد said...

boleh jadi baghal.. dapat bapak seperti kau ni.. kah3