January 29, 2012

Pekerjaan Yang Mencabar

Kalau sebut bilik mayat, kebanyakan kita terus terbayang yang bukan-bukan, hantu lah, seram lah, mendatangkan debaran di hati lah, dan macam macam lagi. Stended laa tu kan. Aku dulu lagi power, asal bilik mayat je, terus aku terbayang satu mayat takda kepala, orang tak boleh cam, lepas tu takda orang tuntut, tu pasal dia lepak dalam bilik mayat je. Hahaha. Ye la, mana ada orang bila sebut bilik mayat je terbayang lasagna, kan? Tapi kalau ada jenis gitu, memang tak syak lagi laa dia kerja forensik.

Tapi sebenarnya, sekarang ni aku kerja kat bilik mayat. Maka, semua benda yang aku selalu bayangkan tentang bilik mayat, kini berada di depan mata. Kerja aku senang je. Takda kena mengadap mayat pun. Tapi kira penting jugak laa, pasal kalau aku tak kerja, akan ada segelintir mayat yang berasa panas akibat daripada peti mereka tidak di-maintain. Bila panas, mulalah mereka mula merayau-rayau untuk mencari angin di luar. Kah kah kah. Yes, aku kerja servis peti mayat tu kasi sejuk. Yang mana temperature naik tu, isi gas kat compressor kasi sejuk. Tapi kalau blower tersumbat, memang cilake laa perasaannya nak naik atas peti tu. Kah kah kah.

Dan kadang-kadang bila aku bosan, aku pun jalan-jalan laa tengok orang bedah mayat. Student-student forensik ni dah laa cun-cun. Tapi nampak tak beradab pulak kalau nak mengorat. Karang kalau dah jodoh, anak cucu tanya detik pertemuan aku dengan isteri macam mana, takkan laa aku nak jawab, 'Abah dulu mengorat mama kat dalam bilik mayat'. Peh, stedi memang stedi, tapi memang hilang akal betul bunyinya.

Ini adalah mayat satu makwe umur 18 tahun. Mati eksiden. Al-Fatihah. Tapi melihat kepada keluarga arwah yang datang tuntut (probably her sister), aku rasa arwah ni cun orangnya, tapi ajal dia awal. Bak kata Nick Cave, all beauty must die.


Sweet facebook's profile picture alert.

Tapi sebenarnya, kerja kat dalam bilik mayat ni takda lah seram pun. Biasa je. Kerja dalam ni tengok mayat hari-hari, buat aku fikir, satu hari nanti, mana laa tau aku mati eksiden ke apa ke, macam ni lah jugak keadaannya. Apa beza? Kita semua akan jadi mayat.

3 comments:

Anwar said...

Seriously aku cakap, Aku tunggu next post. Ini sangatlah menarik.

Wadi AR said...

betol. next entri ashraf

Anonymous said...

cayalah mael...bookingkan ak satu satu seat dpn

-pyol y kacak-