June 20, 2011

Review combo untuk 3 biji bahan bacaan yang merosakkan akhlak ; Kasino , Anarki Di Kuala Lumpur & Ada Kaki Di Kuala Lumpur.

Disebabkan tak ada benda nak tulis dekat blog ni, maka aku memilih untuk review bahan-bahan bacaan seperti yang dinyatakan di atas.

Pertama sekali aku nak bagitau dulu, dengan bangganya, aku menghabiskan 3 bahan bacaan tersebut dalam masa 8 jam 20 minit, straight. Takda sambung esok, sambung malam nantinya. Takda, takda. Sambil sidai kain pun aku baca. Tak ada benda sangat pun nak dibanggakan sebenarnya. Tapi aku peduli apa! Ini rekod baru bagi aku. Selalunya aku baca Mastika pun tak habis. Masuk part cerita pundek macam 'Tunang Digoda Kakak Sendiri', memang aku skip. Ah, aku bukan nak review Mastika keluaran Jun pun, jadi pergi mati dengan mereka. Mari kita bermula dengan novel...

Wait up, sebelum tu, ingin aku bagitau lagi, 3 biji bahan bacaan yang menyesatkan ni aku beli masa KLAB 2011 dekat Annexe hari Sabtu lepas. Siapa yang tak pergi, dia Adinda Evans!

Okay continue. Mari kita bermula dengan Anarki Di Kuala Lumpur tulisan Mohd Jayzuan. Buku ni ada 78 mukasurat tak silap aku, atau lebih-lebih sikit. Malas pulak aku nak ambik atas peti ais tu semata-mata nak check muka surat. Buku ni, memang masyaAllah dia punya menyesatkan. Cerita pasal Syd Jamal(bukan nama sebenar). Dia ni budak band punk rock yang bermula dari bawah tanah dan sedang meningkat popular. Aku tak tau lah kalau Syd Jamal ni kenal ke tidak budak Bangfes tu, takda pulak diceritakan dalam ni. Syd Jamal punya attitude punk memang tip top. Dari falsafah tentang muzik, tentang hidup, semua punk. Syd Jamal takda kereta, takda transport sendiri. Dia memang suka menyusahkan kawan-kawan. Aku tak pasti dia ada kad Mesra Petronas atau tidak. Syd Jamal ni pulak, dia memang kaki ganja dan perempuan. Huh, tak padan dengan miskin! Syd Jamal, sepanjang 78 mukasurat(rasanya) tu, aku tak ingat berapa kali dia punya sex scene. Banyak. Ada perempuan je, mesti ada romen-romen. Even dekat mukasurat satu pun Syd Jamal ni dah berbogel dengan satu awek. Aku baca sambil geleng kepala dan ucap Astaghfirullah terus. Menyesatkan, bukan? Memang sesuai untuk golongan remaja sekarang yang gemar melakukan seks. Banyak yang boleh dipelajari dari Syd Jamal dalam buku ini. Teknik mengayat awek, bukan untuk cinta, tapi untuk vagina dan buah dada! Yes, memang buku ni power dan boleh membuatkan Adinda Evans tak senang duduk jika membacanya. Ada cerita pasal cinta. Cinta antara Syd Jamal dengn makwe dia, yang berinspirasikan lagenda cinta punk sepanjang zaman, Sid Vicious & Nancy Spungen(romeo & juliet versi punk). Apa bangsat sangat bunyinya lagenda cinta punk sepanjang zaman tu? Ah lantak lah. Tak cukup dengan hal beromen, dan selain daripada muzik dan attitude punk rock yang diperjuangkannya, Syd Jamal ada lagi satu ketagihan yang melampau terhadap tak lain tak bukan, iaitu dadah. Kalau ganja tu biasa sangat Syd Jamal cakap. Tak power. Mat-mat kampung kait kelapa sawit pun hisap ganja, jadi apa yang punk sangat ganja ni? Oh sebelum terlupa, Syd Jamal tak minum arak. Arak dia tak boleh masuk katanya, tak ada chemistry. Oleh itu, selaras dengan perjuangan muzik punk beliau yang semakin mendapat sambutan, Syd Jamal mula mencuba dadah-dadah terbaru di pasaran. Pil-pil khayal, LSD, heroin dan banyak lagi. Persoalannya di sini, adakah ketagihan Syd Jamal ini, akan menemukannya dengan penamat yang dicari? Adakah Syd Jamal bertaubat di kemudian hari?Jeng jeng jeng. Ah senang cerita macam ni lah, buku ni memang buku paling punk pernah aku baca. Power(dan menyesatkan). Pergi beli sekarang!

Aku selalu keliru, novel dengan buku tu sama ke sebenarnya? Lantak lah kan. Oleh sebab itu, aku mempunyai garis panduan tersendiri dalam menentukannya. Kalau lebih 250 muka, aku rasa itu adalah novel. Kalau kurang 100 muka, macam Anarki Di KL tadi, itu aku anggapkan buku. Kalau kurang 5 helai, itu aku panggil assignment buat last minute nak kena hantar cepat.

Jadi, bahan bacaan seterusnya yang ingin aku review adalah novel Kasino, tulisan Saifullizan Tahir. Novel ni mempunyai 280 muka surat kesemuanya. Suka untuk kaitkan novel Kasino ini dengan buku Anarki di Kuala Lumpur tadi. Tapi tak mengapa, kita akan ke situ sebentar lagi. Hero buku ni, nama dia bukan main urban, Mohd Narcissus Yusof. Bukan main berbelit lidah nak sebut. Mula-mula aku baca 2, 3 kali jugak nama hero dia ni sebelum dapat tempo dan pitching yang betul. Rasa nak putus asa pun ada, tapi aku terus baca. Sesuai dengan nama yang tak senonoh macam tu, Narcissus merupakan seorang yang brand-concious. Dia memang memilih jenama. Murah-murah ke, uptown punya barang ke, memang dia tak layan. Sampaikan ke jenama pakaian, aksesori orang lain pun dia nak perhatikan. Narcissus merupakan seorang arkitek landskap. Dia juga seorang usahawan bumiputera yang banyak menjalankan projek dengan kerajaan negeri Tualang. Senang cerita, dia ni businessman yang berjaya lah, sampailah ada satu hari tu, satu projek dia tak jadi. Kerajaan negeri tak luluskan projek dan Narcissus terpaksa berhutang sebanyak RM3.8 juta dan perlu membayar dalam tempoh 14 hari saja. Walaupun berhutang sebanyak itu, Narcissus masih steady memandu Porsche beliau ke mana-mana. Ada persamaan antara Narcissus dengan Syd Jamal(hero Anarki Di Kuala Lumpur) tadi. Depa dua orang ni, memang sukakan vagina, buah dada, pangkal peha dan tak mudah percayakan cinta. Yes, maknanya Kasino ini juga dipenuhi sex scene. Bezanya pula, kalau Syd Jamal ketagihan dadah, Narcissus pula seorang penggemar wine. Balik rumah, wine. Karaoke dengan GRO, wine. Main golf, wine. Tak pernah lagi aku perasan dia minum air masak. Tapi Narcissus tak hisap dadah. Orang kaya yang bijak memang tak hisap dadah. Di situ, Narcissus dan Syd Jamal masih seri lagi levelnya. Yang membuatkan Narcissus lebih power levelnya dari Syd Jamal adalah, seperti review pendek Pipiyapong di facebook tempoh hari, hero novel Kasino ini, Mohd Narcissus Yusof, tidak pernah meninggalkan solat. Kalau ada pun, mungkin terlepas subuh sebab bangun lambat. Kalau Narcissus bertemu rakan kerjanya, selepas duduk bersembang, minum wine, apabila masuk waktu solat, dia solat. Kalau dalam perjalanan ke mana-mana tu masuk waktu solat, dia suruh driver dia berhenti masjid. Kalau jalan jauh, luar negeri ke, dia jamak. Selepas bergaduh dan cedera, tak boleh solat macam biasa, dia solat duduk. Tapi wine dengan romen pramugari tetap jalan. Tak boleh tinggal. Scene-scene macam ni mungkin sensitif bagi sesetengah(atau kebanyakan?) orang, tapi aku rasa biasa je. Dalam konteks penulisan, aku rasa ini adalah sejenis humor. Bagi aku lah. Humor yang menjadi. Cuma susah untuk diterima oleh orang Melayu-Islam Malaysia yang konservatif. Ah, kan aku dah cakap awal-awal tadi buku ni menyesatkan dan merosakkan akhlak(dan juga power!). Ok, apa gampang sangat tajuk Kasino, tapi takda cerita pasal judi kan? Ha ha. Ada. Berbalik kepada hutang RM3.8 juta yang perlu dijelaskan dalam masa 14 hari tadi, Narcissus sudah makin terdesak, tapi masih kelihatan tenang. Tenang tak tenang mana lah, last-last sekali dah tak tau nak cari duit mana, dia berjudi di Singapura. Jadi, dapatkah Narcissus mengumpul wang sebanyak itu di meja judi? Dapatkah skil bermain Baccaratnya yang tak seberapa itu menyelamatkannya dari belenggu hutang? Beli lah woi. Letih lah aku nak cerita semua.

Cilake menyesal pulak aku buat combo ni. Panjang macam konek Narcissus!

Okay, bahan bacaan ketiga adalah sebiji zine 46 mukasurat yang berjudul Ada Kaki Di Kuala Lumpur. Zine ini adalah parodi kepada dua biji bahan bacaan yang telah direview di atas ini. Oleh kerana namanya zine parodi, sudah tentulah ceritanya dipenuhi humor dengan watak-watak yang ditukar kepada nama yang lebih funny, scene yang ditukar sesuka hati, dan tidak keterlaluan aku cakap, zine parodi ini memang macam syaitan! Tapi harus diingat, kalau kau nak baca zine ini, pastikan kau dah habis baca Anarki Di Kuala Lumpur dan Kasino terlebih dahulu. Kalau kau terus baca zine ni tanpa baca cerita original, memang kau tak faham, dan kebingungan, lantas kelihatan seperti orang yang tak ada pedoman hidup. Zine ini ditulis oleh Nazri M. Annuar bersama Pipiyapong. No wonder lah macam syaitan, kan? Ha ha.

Okay mengantuk gila. Sekian.

5 comments:

demang said...

cilakak, kenapa nama aku tak termasuk?

review ni banyak sangat syaitannya.

kah kah kah kah

Bozu said...

betul ke awak beli tiga-tiga buku tu?

ashraf sahdan said...

ok ye la ye la. anarki di kl tu deus yang beli untuk lu, gua pinjam je. hahaha.

abrodam said...

konek panjang konek panjang.woo woo!

. said...

wow.panjangnya review.sangat gigih menaip.

Powered By Blogger