Mungkin kau orang ada yang dah lama layan The S.I.G.I.T, jadi kau orang nak cakap aku slowpoke ke, lame ke, apa ke, aku peduli apa, walaupun memang aku akui bapak lembabnya baru aku discover band ni. Ha ha ha. Setakat ni, tak banyak band yang buat aku jatuh hati hanya dengan sekali dengar saja. Kalau ada pun, semuanya band barat. The S.I.G.I.T ni, what the hell man, telah impress aku hanya dalam masa 30saat! Sebagai seorang yang memilih dalam mendengar muzik, aku akui, The S.I.G.I.T ni walaupun ahli depa tak hensem, tapi depa punya muzik sangat hensem dan bijak!
Pastikan kau mempunyai internet yang power sebelum tekan play dan layan lagu band power dari Indonesia ni sampai habis.
Tapi seriously, aku sakit hati jugak dengar The S.I.G.I.T ni sebenarnya, sebab depa buat aku rasa muzik Malaysia ni kodi gila. Ada band yang bagus dekat Malaysia, bukan tak ada, cuma kalau nak banding dengan Indonesia, memang kita kalah.
Jadi, dengan ini, aku mengisytiharkan, Correctamundo akan kembali beraksi! Kali ini dengan lebih garang dan menggiurkan! Kau orang tunggu, kau orang tunggu.
Muahahaha.
2 comments:
Power!
correctamundo bila nak join rtw? hahaha
Post a Comment