April 28, 2011

Mama Bosan

Tadi siang aku check email. Ada satu email daripada orang yang aku tak kenal. Dia cakap macam ni lebih kurang,

"Salam. Kenapa blog awak dah tak macam dulu? Sekarang dah lain. Dah macam bosan sikit. Saya baca dari zaman akudiadanbintang.blogspot lagi. Dulu seronok sikit. Hehe. Saja tanya, jangan marah tau."

Disebabkan dari malam tadi aku rasa nak update blog tapi taktau nak tulis apa, jadi aku akan jawab soalan peminat rahsia ni sebagai entri. He he he.

Aku tak tau dia ni maksudkan 'dulu' tu dengan blog aku yang mana. Sama ada 1)akudiadanbintang yang dah delete dulu ke, ataupun 2)akudiadanbintang yang aku tukar ke url baru ni, ataupun 3)akudiadanbintang yang entah mat saleh mana pakai buat jual barang Mazda. Yes, memang berbeza semua blog ni, lagi-lagi yang nombor 3 tu, sampai ada yang tanya aku, "bila masa lu jadi agen Mazda ni woi?". Ha ha ha.

Tapi berdasarkan cara dia komplen dan tanya tu, aku rasa dia memang maksudkan yang nombor 1) tu. To be truth, aku sangat terharu sebenarnya. Ada jugak orang yang pernah suka apa aku tulis. Gila apa aku nak marah. Tapi sebenarnya kan, aku pun tak reti nak jawab macam mana soalan dia ni. Mana lah aku tau sekarang dah bosan. Aku rasa dari dulu lagi dah bosan macam ni.

Mungkin blog aku dulu lebih 'friendly' dari sekarang. Dulu blog aku warna warni. Sekarang hitam je. Dulu aku tulis untuk puaskan hati pembaca, hati keluarga, hati jiran tetangga, hati rakyat Malaysia. Sekarang aku tulis ikut suka hati aku pulak. Dulu blog aku penuh dengan link blog kawan-kawan, blog kegemaran, blog makwe-makwe. Sekarang dah tak ada, sampai ada yang cakap aku sombong taknak letak link blog depa, sedangkan depa link aku dekat blog depa. Aku tak pernah paksa pun depa link, so, I don't give a godzilla's ass! The point is, aku tukar selera berblog, sebab nak puaskan hati sendiri. Biasalah tu kan. Semua orang ada ups and downs masing-masing. Hidup ni kan macam emm, yes, macam Eye On Malaysia. Kadang-kadang dekat Taman Tasik Titiwangsa, kadang-kadang dekat Melaka. Tapi Eye On Malaysia yang baru ni dia nak letak dekat mana pulak hah?

Berbalik kepada permasalahan tadi,

Benda ni sebenarnya macam ni, ada sesetengah orang yang suka menulis berdasarkan imaginasi mereka. Hebat. Diorang reka cerita ikut suka hati kepala diorang. Aku tak boleh. Imaginasi aku tak sampai level yang power. Aku dah try. Itu hari aku ingat nak tulis cerita alien. Tak jadi. Jadi cerita anak derhaka, which is, sangat bosan. Jadi, seperti kebanyakan penulis blog konservatif yang lain, aku ambil keputusan untuk menulis berdasarkan pengalaman tentang kejadian/perkara yang berlaku di sekeliling aku saja. Apa yang aku nampak, aku rasa interesting, aku tulis. Tak perlu fikir banyak-banyak. Bedal je. Aku tak tau kalau ada orang yang baca, lepas tu rasa bosan. Aku rasa seronok. Peduli apa aku. Ha ha ha.

Tapi, kebelakangan ni, aku pun banyak habis masa duduk dalam bilik saja. Makan pun suruh orang tapau. Pernah jugak lah dalam 4 hari aku tak pijak tanah, tengok matahari pun ikut tingkap. That's why lah aku tak menulis, dan kalau menulis pun, mesti barai. Ye lah, dalam bilik aku ni tak ada pulak kejadian pelik-pelik ke, paranormal acivities ke yang berlaku. Paling happening pun dalam bilik aku ni, ada roomate aku yang balik bilik seminggu sekali, lepas tu bawak cerita sedih dia dengan makwe dia. Takkan aku nak cerita jugak hal macam tu? Nampak macam tak sopan. Jadi aku rasa, the next time dia nak cerita hal dalam kelambu dengan aku, aku akan suruh dia buat blog sendiri. Muahaha.

Okay dah lah, aku nak mandi dulu.

Oh ya, apa-apa pun, aku harap entri ni menjawab soalan penghantar emel ni tadi, whoever you are.

Bye bye.

5 comments:

Anonymous said...

aku pon teringin jugak nak pakai mazda ni sebenarnya...

model mana y makwe2 suka haa?

-org RTM-

sarah said...

akudiadanbintang sangat best okeee. blog kegemaran datin-datin kn?ke saya salah?haha neway,blog dulu ke sekarang ke, saya rasa best jek :D

asip محمد said...

bangsat jugak perangai padil nih..

ashraf sahdan said...

padil babi.

sarah, hahaha. i almost forgot that 'blog kegemaran datin-datin' line. hahahha.

asip, kan?

afiqsiddhartha said...

sedihnya aku lambat discover akudiadanbintang. aku jumpa blog hitam ni je aku dah suka. malas la nak puji kau. tak guna betul.