April 10, 2011

8 random things

1. Aku ada dua handphone (yang aktif). Satu simcard meksis, satu lagi selkom. Jadi dua hari lepas, aku dah jual sebijik handphone aku dekat kedai. Telefon banyak banyak tak ada orang sms tak sedap juga, kan?

2. Aku buka youtube. Video dia panjang, 1 jam 20 minit lebih kurang. Full concert RHCP Rock Am Ring. Sementara tunggu video dia siap loading, aku pause dan buat kerja lain. Yang seronoknya, bila dah tunggu berapa jam dan dah siap loading, aku ter-close tab, tanpa sempat tengok. Babi.

3. Selepas 4 bulan tak praktis dengan budak budak Correctamundo, akhirnya semalam kami jamming jugak. Macam biasa, kami masih padu dan berbisa. Cuma depa masih tak boleh terima cadangan aku supaya kami cover lagu ABBA. Damn.

4. Aku rasa nak potong rambut, tapi mengalami kekeliruan dalam memilih gaya rambut ideal. Kalau dulu, boleh juga minta pendapat makwe. Jadi, aku google image 'Young And Dangerous Hairstyle'. Sekarang ni masalahnya, kenapa keluar gambar arwah Michael Jackson? Mana gambar Chicken?

5. Assignment aku semua dah siap. Amacam?

6. Makin hari makin aku malas belajar. Banyak kali aku fikir nak quit belajar.

7. Aku mengalami masalah kurang nafsu terhadap twitter dan facebook. Rasa macam nak buat akaun youtube pula dan like semua video dan komen yang best. Bersosial di youtube nampaknya lebih mencabar.

8. Berat aku turun 5 kg. Aku rasa nak cium mesin penimbang.



Cute skirt, girls.

1 comment:

Zara said...

first of all, it's not a cute skirt. they're not wearing any. it just damn ribbon tied up around the waist. haha.
please don't give up on study bro. there just few semesters left. be strong ok.
5 kg? wow you should kiss the bath scales. hehe

Powered By Blogger