December 11, 2010

Rookie

Aku sekarang ada kat Jengka. Ada kenduri tahlil arwah mak, abah aku.

Ramai makcik datang rewang. Makcik-makcik ini juga tanya aku sekarang buat apa, kerja ke, belajar ke, merompak ke? Tak kurang juga yang nak rekemen anak dara diorang dekat aku. Aku menjadi rimas lalu bermain buka tutup peti ais sebagai tanda rimas.

Tiba-tiba, satu makcik melatah sebab kepala paip patah. Untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa pergi ke kedai hardware membeli kepala paip baru, aku buat-buat sibuk. "Tak ada benda nak tolong ke kat dapur ni?", aku tanya kat kakak aku. Akibatnya, abang ipar aku yang kena ke bandar mencari kepala paip. Ha ha ha.

Tapi masalahnya, kakak aku bukan bagi job yang biasa-biasa. Job yang mencabar kejantanan dan dayatahan kardiovaskular aku ; parut kelapa! Ya, kerja yang aku tak pernah buat, dengan mesin yang pernah membuat aku menangis terdengar bunyi dia 18 tahun yang lalu, selain daripada mesin rumput.

Gampit! Mana aku nak cari 'Parut Kelapa For Dummies' waktu-waktu genting macam ni?

11 comments:

asip محمد said...

seronok jugak hidup gaya kau.. ari2 mcm nasik bungkus tak seronok manalah.. barulah org kata ada life mael..

Daboo said...

Lek lah. Parut kelapa je pun. ;p

Anonymous said...

weyhhh bila nak reunion...
cuti panjang ni..
kah3

Anonymous said...

lupa nk cakap...
nama gua pyol..

Anonymous said...

Hye there Ashraf Sahdan. I'm Thompson, from New Zealand. remember me? I feel funny right when you intentionally pretend busy because too lazy to go to the hardware store, sorry for your brother in law! LOL.

ateeka amer said...

anon dari NZ mana ni woi. haha.

eh aku tengok atok aku parut kelapa senang je? hehe. tapi jangan suruh aku la.

sarah said...

teringat iklan tenaga nasional berhad untuk hari raya. ingat bawak motor tengah malam hujan-hujan. sekali parut kelapa jek kot.
HAHAHA

.Gory. said...

Hoi, kawan dengan Niu Zilend aok sekarang. Steady ngat nye

ace farhan said...

Aok memang pemalas.
Harap karoeke lagu westlife je baru
nampak cool.

mogobja said...

dgn vacum kau takot x?

faten helmi nuur said...

best lah parut kelapa. chill je aku buat.