November 27, 2010

Nasihat

Sekarang, aku rasa aku dah tak boleh nak menulis panjang-panjang. Tulis sikit, tak kena, padam. Tulis, rasa macam gampang, padam.

Aku kena submit untuk zine Koskenkorva vol 2. Due date dah tak lama. Takkan aku nak hantar resipi 16 jenis kuih-muih tradisional kot?

Hisap rokok.

Yeah, that's better.

Bila aku sambung, tak jadi-jadi jugak. Gampit!

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk bersarapan sambil tengok Suede - Live In Glastonbury dalam komputer dengan anak sedara aku umur 4 tahun.

"Kalau nak jadi penyanyi, jangan masuk AF", aku cakap dengan dia, "Dapat menyanyi macam brader ni, cukuplah.", aku sambung.

Anak sedara aku angguk sambil hulur gula-gula suruh bukakan.

Aku harap dia ambil serius nasihat aku dan tak akan bersarapan gula-gula lagi.

3 comments:

asip محمد said...

aku yakin anak sedara kau comel mcm kau mael..

ateeka amer said...

tepek sikit muka anak buah

.Gory. said...

Video maria farida tuk kau

http://www.youtube.com/watch?v=R688CnoLEXs&feature=related