October 22, 2010

Our life is not ended, it's just changed.

Hampir setengah jam aku mengadap komputer, tapi satu benda pun aku tak boleh nak tulis. Atau sebenarnya, aku tak reti nak tulis. Mungkin ada yang dah tau, hari Ahad lepas, abah aku meninggal dunia. Okay, untuk yang tak tau apa-apa, yang baru baca blog aku, yang bukan kawan aku di facebook, yang tak ingin ambil tau pasal aku langsung pun, biar aku bagitau kau sesuatu. Semenjak hari Ahad lepas sampai ke hari ini, dan mungkin berterusan tak tau sampai bila, aku berada dalam condition yang paling down di dunia. Gila babi punya down. Aku sebenarnya, tak ingin langsung nak cerita pasal hal ini. Tapi aku rasa berat gila bila aku simpan sendiri. Jadi aku luah dekat sini.

Apa benda yang aku nak cerita, sebenarnya betapa aku menyesal. Aku tak reti nak cakap macam mana menyesal yang aku rasa, tapi kalau kau baca, mungkin kau nampak dekat mana silap aku dan ambil pengajaran. Bukan senang aku nak bercerita tentang pengajaran, jadi, ambil pengajaran.

Abah aku masuk hospital, hari Sabtu lepas. Dia tiba-tiba jatuh dekat rumah. Tak boleh bangun. Dia call abang aku dekat KL. Abang aku call jiran-jiran rumah sebelah dekat kampung, mintak tolong bawa abah aku pergi hospital. Lepas tu abang aku roger semua adik-beradik, terus semua shoot balik kampung, kecuali aku. Rupanya abah dehydrated, sebab tu dia pitam. Lepas tu kencing berdarah, ada jangkitan kuman dalam darah.

Hari Sabtu malam, aku sms kakak aku, tanya condition abah. Dia cakap abah dah sihat, macam biasa, cuma tinggal nak habiskan dos anti-biotik saja lagi. Aku juga tanya satu soalan bodoh dekat kakak aku, “Gua nak kena balik ke tak ni?” dan kakak aku juga menjawab dengan bodoh, “Lu jangan risau lah. Abah dah ok, dah sihat macam biasa. Kitorang ramai boleh jaga.” Disebabkan itu, aku tak balik dan tak sempat bersalam dengan abah buat kali terakhir.

Hari Ahad tengah hari, aku call kakak aku, untuk tau perkembangan abah. Kakak aku cakap, abah memang dah okay. Dia siap boleh bergurau dengan besan (mak & bapak mertua abang aku) dia yang datang melawat. Pagi Ahad tu, abang aku yang jaga abah, sekali dengan mertua dia. Tengah hari sikit, kakak aku pulak jaga, abang aku bawa mertua dia pergi makan tengah hari. Petang sikit, kakak aku lagi sorang pulak datang temankan abah aku. Petang dalam pukul 3 lebih, jiran aku pulak datang melawat, sampai pukul 3:50 lebih kurang.

Dalam pukul 4:15, kakak aku call aku, dengan nada cemas. Dia cakap, abah pengsan lagi, kali ni dekat hospital. Kritikal. Kali ni dia suruh aku packing baju balik. Aku pelik. Tengah hari abah ok, sihat, boleh gelak-gelak, petang abah kritikal? Lebih kurang 20 minit lepas tu, kakak aku call lagi. Kali ni dia tak cakap apa, dia menangis. Aku dah tau, jadi satu soalan saja yang aku tanya, “Sakit apa?”. Sambil menangis, “Heart attack”, kakak aku jawab.

Dekat sini, suka aku mengemukakan fakta, bahawa selama 20 tahun aku hidup, aku tak pernah tau abah ada penyakit-penyakit seperti diabetes, darah tinggi, gout, heart attack, etc. Satu-satunya penyakit abah yang aku tau ialah, allergic yang kalau dia termakan seafood, akan membawa kepada masalah sakit kulit, yang aku rasa tak berbahaya langsung dan tidak membawa maut. Allergic abah aku, dah 20 tahun lebih tak baik-baik. Yes, abah memang tak ada penyakit. Tanya lah abang kakak aku pun, diorang tak pernah tau pun abah ada penyakit gred A macam diabetes apa semua tu. Aku tak percaya.

Jadi bila sampai Jengka, selesai baca Yaasin, aku tengok sijil kematian. Betul, COD tulis, ‘Acute Myocardial Infarction’ ataupun dikenali sebagai heart attack. Sekarang, Hospital Jengka ni betul-betul ke main-main? Apa pasal abah aku masuk hospital sakit lain, meninggal sakit lain? Apa pasal boleh jadi macam tu? Sebab tu aku cakap aku tak percaya. Dan disebabkan aku tanya kakak aku, diorang sibuk menangis tak cerita apa, maka satu-satunya orang yang boleh harap bagitau aku cerita yang betul-betul, ialah abang aku. Kalau abah tau diorang menangis, mesti diorang dah kena marah. Abah memang tak suka orang menangis kalau ada kematian. Aku ingat lagi masa arwah mak meninggal, 10 tahun dulu, kakak aku memang kena marah sebab menangis banyak sangat.

Abang aku cakap, sebenarnya abah pengsan dalam toilet dekat wad. Kepala abah terhantuk dekat bucu or something lah, lebih kurang setengah inci juga lah luka dia. Masa abang aku pergi hospital, dia cakap katil abah dah penuh darah.

Masalah dekat sini, macam mana patient (according to wikipedia, a patient is any person who receives medical attention, care, or treatment) boleh pergi toilet sorang-sorang? Mana nurse? Main facebook? Hah? Attention kepala tengkorak dia! Abang aku cakap, satu benda paling bangsat dekat Hospital Jengka ni ialah, dia tak ada panic button. Bila orang tanya, dia cakap tengah repair. Entah-entah dari dulu memang tak ada. Benda kecil macam panic button ni, tak boleh diambil mudah. Lepas ni, kalau ada saudara-mara, ahli keluarga kau kena tahan dekat wad, pastikan kau usha panic button ada ke tak ada. Kalau tak ada, hantar wad lain.

Lagi satu problem, ya, about the COD. Aku percaya (walaupun aku tak tengok), abah meninggal disebabkan pendarahan dekat kepala, bukan disebabkan a fucking heart attack. Adik-beradik aku semua sependapat. Petang itu, abang aku memang betul-betul mengamuk dekat hospital. Dia argue dengan pihak hospital. Mula-mula hal panic button, lepas tu hal nurse, lepas tu hal COD. Aku rasa, hospital ni dia tau abah meninggal sebab pendarahan di kepala dan ‘sedikit’ kecuaian diorang, dan disebabkan diorang tau, maka diorang menyalahkan ‘heart attack’. Diorang tau, kalau diorang salah, diorang boleh kena saman. Sebab tu masa emergency (abah aku kritikal), diorang ada shock meeting. Kalau aku sebagai doktor, apa yang aku bagitau staff masa shock meeting macam tu, bila aku tau pihak aku bersalah dan cuai? Yes, aku akan bagitau staff supaya pusing cerita. Aku rasa, itu lah yang hospital ni buat. Sampai bila dia dah tak boleh nak jawab apa dengan abang aku, dia keluar ayat ultimate yang orang tak sanggup nak dengar, “Kalau encik tak puas hati, kita buat post-mortem lah”. What the hell, family aku, tak ada sampai nak main saman-saman lah. Cuma kalau dia cerita hal sebenar, mungkin kitorang boleh terima. Ini tidak, menipu dengan benda yang tak pernah wujud.

Kau mesti cakap, alaa, redha lah, benda dah jadi, takdir Tuhan.

Ya, aku terima takdir Tuhan. Aku redha, benda dah jadi. Maut itu sudah tertulis, tak lambat, tak cepat, walaupun sesaat. Betul. Aku cuma rasa ralat, tak sedap dengan cara pihak hospital handle benda ni. Diorang buat macam benda ni benda simple. Haih. Oh ya, lagi satu yang buat aku terkilan, waktu abah pengsan berlumuran darah dekat bilik air, yang jumpa dia terbaring bukan nurse, bukan doktor, tapi entah budak mana-mana entah yang pergi toilet. Budak? Budak yang jumpa abah terbaring. Aku sedih betul. Sedih dengan hospital ni. Doktor semua sibuk main facebook.

Ok, mungkin kecuaian itu bukan dari pihak hospital sahaja, mungkin kalau pukul 3:50 itu, selepas jiran aku balik, abah tak tinggal sorang-sorang, mungkin benda macam ni tak jadi. Kalau lah aku balik kampung, dan jaga abah petang tu....

Malam itu, aku sampai Jengka lebih kurang pukul 12 malam. Waktu ni, rumah aku dah ramai saudara-mara. Family aku memang semua dah lengkap, kecuali aku dengan anak saudara aku sorang. Disebabkan dia juga belajar di Melaka, maka dia pun gerak sekali dengan aku petang itu.

Aku sangat-sangat berterima kasih kepada kawan-kawan serumah aku yang baik hati, Taro, Fahmi, Adil, Kupet, Mohd. Haey, Abun, dan Alan yang sanggup hantar aku dari Melaka sampai rumah, walaupun aku mintak hantar pergi bus stand saja, dengan esoknya masing-masing ada kelas lagi. Ujang, Bidin, Amzar pulak susah payah turun dari KL, dengan kereta Bidin tak ada lampu belakang, dengan Amzar sanggup ponteng kuiz esoknya. Pyol sanggup ambil bas dari Perak ke KL, dari KL pulak tumpang Syed, Ehsan, Ahmad Nader, walaupun pukul 2, 3 pagi. Topup, Mok, Faka pulak esok sanggup tulis surat mintak cuti dengan lecturer. Aman, Shah Pokjak, Zaman Carwash, Katek, Naim, yang sanggup tunggu aku dari petang sampai tengah malam. Wan J, yang paling banyak tolong aku, sediakan tempat tinggal untuk kawan-kawan aku dari jauh, dan bila aku dengan dia, orang nampak aku happy macam dia. Ya, Wan J tak pernah tak happy. Yang call, hantar sms condolences, aku berterima kasih sebab support aku. Sekurang-kurangnya, aku tau, walaupun abah dah tak ada, ramai kawan-kawan yang masih ada bagi aku semangat. Bila ada ramai kawan datang, aku jadi segan nak menangis. Bila aku tak menangis, aku rasa abah mesti happy. Betul. Tak baik menangis bila orang meninggal sebenarnya.

Sebenarnya, sehingga pagi Isnin, waktu aku hisap rokok abah yang dia beli, tapi dia tak sempat nak hisap, aku masih boleh tahan. Waktu mandikan abah, walaupun sedih, aku tetap tak menangis. Waktu kapankan abah, aku tak menangis. Waktu aku masukkan abah ke liang lahad, aku masih boleh tahan lagi. Selepas talqin, selepas semua orang beredar dari tanah perkuburan, aku sorang saja yang masih tinggal. Dengan baju dan seluar yang penuh kesan tanah, aku duduk depan kubur abah. Masa ni, apa yang terbayang dalam kepala aku, adalah semua perkara yang aku kurang ajar dengan abah, aku melawan cakap abah, aku salam tak pernah cium tangan abah sebab aku rasa tak cool, aku hempas pintu bila abah marah balik lewat. Dan disebabkan aku sorang-sorang, waktu ni aku menangis, dan menyesal, sebab tak dapat mintak maaf buat kali terakhir dengan abah. Dan bila aku pandang belakang, aku dapat tengok kubur mak. Dekat je kubur mak dengan abah. Peh, dia punya sedih tak payah cerita, memang kau takkan faham macam mana.

Sebenarnya, macam aku cakap tadi, aku tulis semua benda ni, selain nak express apa yang aku rasa sekarang, aku jugak nak bagi pengajaran. Aku harap kau dapat sesuatu. Tak banyak pun, sikit jadi lah.

Tapi, sedih-sedih macam mana pun, benda dah jadi. Nak buat macam mana, kan? Macam kawan aku Kudin cakap dengan aku, “Your life is not ended, it's just changed”. Betul. Sesungguhnya, mereka yang dah pergi itu, mendahului kita saja. Maknanya, kita pun menunggu waktu kita. Jadi, jika kau membaca ini, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah, Yaasin banyak-banyak dekat saudara-mara kita yang dah tak ada lagi.

Al-fatihah.

(Pagi tadi, waktu aku tengah taip entri ni, Wan J telefon aku, dia cakap, Pak Cik Sabran pulak meninggal baru kejap tadi. Pak Cik Sabran, adalah kawan baik abah aku. Aku terbayang-bayang lagi dia bacakan Yaasin untuk abah itu hari..)

25 comments:

Encik Akmal said...

my deepest condolences... dan thanks, banyak yang aku belajar.

Al-Fatihah..

ace farhan said...

Relax mael.
Ko jenis buas,aku tahu.
Selamat selamat.

Amal said...

alfatihah utk abah dan pakcik sabran jugak.

Junkie XL said...

aku kawan jekbe. jekbe kwn ko.

Anonymous said...

mael. sumpah aku menangis baca ni. kalau aku kat tempat kau ni, memang aku tak kuat.


kau dapat ujian ni sebab Tuhan tahu kau memang kuat.

Mikael said...

entri lu kali ni betul2 bagi kesan kat gua.

Roronoa said...

pastikan lu balek raya lepas2 ni...
gua dgn budak2 j-town kompem ada sana...

mimizuzuhaha said...

salam takziah.

mogobja said...

take care.

.Gory. said...

Ini entri paling dalam pernah kau tulis. Aku dapat rasa keadaan kau masa kau sorang sorang tu.

Lepas ni raya kitorang budak budak J-town kasi teman sama kau.

Owh, dan Tuhan memang meletakkan Pakcik Sabran dan abah kau sebagai kawan baik selama-lamanya. Al-Fatihah

Unknown said...

takziah untuk kau dan family. doakan yang telah pergi, agar roh mereka berada di tempat orang yang beriman. amin.

syed hafeez said...

Al-Fatihah

Nisa said...

b strong
al fatihah

SarahTeh said...

Salam Takziah.
=((

Sofiya said...

kau. kuatkan semangat. banggakan abah kau, okay? al-fatihah. terharu sangat dengan kawan2 kau.

oh one more thing. BODOH betul la hospital tu. ingat nyawa orang ni boleh buat main2 ke?

terimakasih untuk nasihat. betulbetul bagi kesan kat aku.

idora ilyanee said...

takziah mael

absyaB3$h said...

masih sebak walaupon da kali ke-7 aku bace..

Anonymous said...

lu kena terus taff!! tengah-tengah jalan nanti, konpem lu akan rasa down sekali lagi...byk2 kali mungkin..

tapi ... papehal mmg kena terus taff!!!

gua bukan cakap sesaje mael, gua cakap sbb gua dah rasa apa yg lu rasa nih

asip محمد said...

aku terdiam gak baca entri kau ni mael.. rilek aku tau kau kering.. bab hospital tu aku mmg setuju.. si bodoh yg melanggar hukum etika.. dan2 heart attack.. sepatutnya miocardio infark dtg dengan hasil autopsi.. apa bukti yg dia boleh kasi? jahanam punya dok..

Linlin said...

takziah. ayah aku pun meninggal kat hospital.be strong!tak sempat salam x pa, y penting kau sentiasa sempat sedekah al-fatihah.

psl nurse tu, x pasti ap y jadi sbnrnya. tp, kalau pesakit boleh pergi tandas sendiri, mmg nurse takkan ikut.

pybb kematian, pun x pasti ap kisah sbnr diorg(doc+nures), tp myocardial infarct mmg boleh jd bila ad darah tinggi, diabetes y tak dikontrol dgn ubat.

tp y tndas tu, biasa doc/nurse takkan bg pesakit pergi tandas kalau diorg rs bahaya pergi sendiri. maybe arwah ayah kau ok waktu tu.

pasal suka main fb, x pasti pulak. tp y x bg sepenuh perhatian masa keja mmg ada. tp x semua.

malu plak bila jd mcm ni.aku slh seorg. fakulti kesihatan.belajar lg.sigh...

CAK said...

gilerbaboon.sedih aku. abah mak takde ko masih ade abangdan kakak. diorangla pengganti mak abah.justmakesure kite respek diorang ape jua cara wpun kite rasa tak kool..percaya lah. moga kite adik beradik akan lebih rapat.

pokcik boh said...
This comment has been removed by the author.
pokcik boh said...

Haku x kenal ko..dan ko x kenal aku..

takziah.

p/s: ab0h haku yg "sangat garang" pun dah xde...

Sarah-sireh said...

Takziah.. bru je bc entri ni..
BTW pasal hospital.. da almost same thing happen 2 arwah mak long sy.. dats y kitorang regret hantar dye kt hospital kerajaan.. arwahmak long sy ad kanser usus n dah banyak kali pergi hospital n hospital diagnose sakit perut biasa, gastrik and bla,bla,bla... bbrp hr b4 arwah maklong sy meninggal.. my aunt n my mom decide tuk bawak maklong pg diagnose kat hospital swasta plak.. then kt ctu br tau psl cancer tu n da kritikal keadaan kanser 2.. memang sgt geram ngan hospital kerajaan bukan sekali arwah mak long sy pg.. tp bnyk kali..
sekarang, family kitorg dah tak percaya ngan hospital kerajaan.. sanggup pg swasta n byr jnji diorg diagnose betol.. even my grndma pon xkasi kitorg bwk dye g hospital kerajaan...

but the best part is.. tyme 2 sy tataw pon arwah maklong sy sakit n then mninggal dunia.. sampai sy balik rumah.. at that tyme sy prktikal n line mmg kureng kt ctu.. my mum g tawu all my cousin law contact sy jgn g tawu hal ni.. juz sbb sy praktikal (kat sarawak uke)..

mcm mn pown.. b strong.. ok

ahmadhasif said...

aku baru follow blog ko ni... bace entri ko ni walaupon da lame, series insaf...takziah weh...aritu aku post kat wall ko jek....aku xnak a text fon ko kang kacau plak... ape2 pon membe2 ramai... papehal gtaw a kalo ade yang boley tolong...ko pon banyak tolong aku kat matrix...

Powered By Blogger