October 14, 2010

Ohayou

Bangun pagi, tengok jam pukul 9:45. Kelas pukul 10. Sebelum mandi, aku bancuh air susu satu cawan. Sementara tunggu susu suam-suam sedap minum, aku pergi mandi dulu.

Selesai mandi, aku nyala rokok sebatang. Sambil minum susu, sambil hisap Marlboro, baru lah Amerika. Tengok jam dah pukul 10 lebih. Tuang susu dalam jamban.

Dari tingkat 4, aku bergegas ke parking motor. Dah lambat. Sampai tingkat 2, baru aku perasan kunci motor tertinggal dalam bilik. Kunci bilik pulak, what the hell, sekali dengan kunci motor. Nasib baik aku ada belajar teknik membuka pintu menggunakan kad. Dalam kes ni tadi, aku pakai lesen.

Setelah setel hal-hal berserabai macam tu dan melanggar beberapa biji lampu isyarat, aku pun sampai kelas. Pukul 10:30 macam tu lah lebih kurang. Tersengih-sengih aku masuk kelas ikut pintu belakang. Tak payah pakai Mentos.

Tak sampai 5 minit, ketika aku masih mencari-cari posisi duduk yang sedap, tiba-tiba pensyarah Solid Mechanics yang tak solid itu pun bersuara, "Saya bagi kamu homework je lah. Saya pun tak ada mood nak ajar asyik problem je projektor ni. Buat latihan 7.3 tu, esok petang hantar dekat bilik saya."

Holy Dinosour!

Dia tak tahu ke, bahawa mimpi tidak boleh bersambung dalam 2 tidur yang berbeza?

5 comments:

Amal said...

aku tengok tajuk. oh ayu ke apa?

macha_sezs said...

ko kenal Pn.rainah?

terbaik dari ladang tu.
ups.

Anonymous said...

mael minum susu...... anlene ke?

ashraf sahdan said...

@amal,
ohayou tu japanese lah laanat. pagi tau, pagi?

@macha,
tak kenal. solid ke? he he he.

@ateeka,
bukan lah. entah apa nama dia lupa dah.

Amal said...

mael minum anmum.

Powered By Blogger