September 29, 2010

Teh tarik



Malam tadi, selesai saja membuat sedikit kerja sekolah, aku terus melepak di Infasha pekena teh tarik. Aku ditemani Pak Dek, seorang dickhead yang sudah agak lama aku tak jumpa sebenarnya. Jadi akibatnya, malam tadi dia offer belanja aku minum.

Sambil membalut rokok daun, Pak Dek terus buka cerita pasal masalah dia. Aku memang dah biasa, jadi tempat dengar masalah orang, walaupun aku tak pernah offer nak dengar cerita diorang, apatah lagi nak tolong setelkan, lagi-lagi macam masalah Pak Dek, masalah makwe. Memandangkan makwe dia ni aku kenal, maka aku dengar sambil hirup teh tarik.

"Awek aku pung pang pung pang pung pang...dia bla bla bla lelaki tu barua pukimak...bla bla bla", Pak Dek bercerita.

Aku hanya mengangguk-angguk tanda setuju dan sesekali memandang ke skrin projektor Infasha yang tengah tayang WWE, perempuan-perempuan seksi wrestling. Sambil itu, aku hirup lagi teh tarik sampai tinggal suku gelas.

Selesai menyelesaikan sebatang rokok, aku panggil Jabar Ali, ketua pekerja di Infasha. Kalau dalam organisasi sekolah, aku rasa pangkat Jabar Ali ni macam GPK HEM lah.

"Jabar, kira!", aku kata.

"Mana Mal? Kalut gila nak balik. Awal lagi.", tegur Pak Dek.

"Aku nak buat kerja sekolah ni Dek.", jawab aku, "Takpe, aku belanja, jom balik.", aku sambung.

3 comments:

jo said...

gua pun cepat rimas kalau ada orang bukak topik cinta. simpan sendiri sudah la..

.Gory. said...

Kahkahkah

Dengar masalah tapi sendiri bayar? Kau memang sahabat

Amal said...

hahahaha. kesian pak dek.