August 06, 2010

Survey

Pertamanya, kamu perlu tahu, aku bukan mahu menjalankan survey ke atas kamu.

Aku mahu menulis, sambil minum teh. Dan hisap rokok.

So here it goes.

Sama ada menjalankan survey, atau menjawab survey, kedua-duanya adalah pekerjaan yang membosankan. Dalam list 20 'perkara yang aku akan buat sambil lewa', this survey shit was ranked at number 5.

Sehinggalah malam tadi, apabila aku terserempak dengan beberapa orang rakan secara berasingan. Walaupun bagaimanapun, ada satu persamaan antara mereka semua; masing-masing menjinjing goodie bag hitam yang mysterious, sambil muka tersenyum lebar.

Sebagai seorang comel yang ortodoks, perasaan ingin tahu aku membuak-buak. Jadi, aku akhirnya bertanya kepada orang ke-18 yang aku jumpa, yang berkondisi begitu, tentang misteri di sebalik senyuman mereka, dan juga tentang isi kandungan goodie bag yang bersinar-sinar itu.

30 minit kemudian, aku juga dengan tersenyum, sedang menjinjing goodie bag berisi 5 kotak Pall Mall, setelah menjawab survey tentang rokok.

Only on certain exceptions, aku akan jawab survey dengan bersungguh-sungguh.

The ranking, unfortunately, tetap tak berubah. Number 5, still.

2 comments:

Roronoa said...

mcm mane nk buat tu weyhhh..
jwb surweyhh bleh dpt rokok..

ashraf sahdan said...

ada survey pall mall, kena bagi IC, phone number, lepas tu jawab soalan lebih kurang, dapat pall mall 5 kotak. nanti lepas seminggu, dia akan call tanya sedap ke tak pall mall yang dia bagi tu.

Powered By Blogger