August 13, 2010

Seize life by testicles

Ini aku tulis bila entah, tak ingat. Tahun 2009, masa nak submit dekat 'Lagej' dulu rasanya. Tapi tak jadi. Bila aku usha nak delete folder-folder yang tak patut dalam laptop tadi, aku terjumpa tulisan ini. Nah.

***

Selain daripada kenderaan peribadi, keldai, dan burung unta, pengangkutan awam juga merupakan satu cara alternatif untuk kita bergerak ke destinasi yang hendak dituju.

Antara pengangkutan awam yang popular di negara kita Malaysia ialah seperti LRT, KTM Komuter, teksi letak harga suka hati, RapidKL, dan macam-macam lagi. Selain memberi servis yang tidak konsisten serta persekitaran yang tidak mesra alam sekitar, pengangkutan awam juga biasanya mempunyai warna yang bukan-bukan. Namun begitu, sebenarnya pengangkutan awam ini banyak membantu dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas dan pencemaran udara seperti yang kita telah belajar waktu darjah 3 dulu.

Kenderaan awam ini, biasanya digunakan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur dan bangsa. Ini sekaligus menepati kehendak Najib yang tak habis-habis dengan 1Malaysia dia. Walau bagaimanapun, 1Malaysia yang tercetus di sini adalah palsu. Tidak ada langsung yang sebiji macam dalam iklan TV, yang ada satu makwe kasi tempat duduk dia pada OKU. Oh lupa, TV memang banyak menipu. Dia punya menipu kalah sikit je dengan Mastika. Realitinya, ramai antara kita mengamalkan sikap 'pergi-meninggal dunia-ini-aku-punya-tempat-duduk' ketika menggunakan pengangkutan awam ini.

Apa pasal saya tulis macam nak jawab SPM ni? Okay okay...

Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu, motosikal saya bocor. Kebetulan saya memang ada temujanji dengan satu dickhead di Ampang. Untuk tidak memungkiri janji, yang sememangnya sinonim dengan orang Melayu, saya mengambil keputusan untuk berjalan kaki ke pondok bas berdekatan. Sambil menunggu RapidKL dengan panas hati, saya sempat bermain-main dengan seekor anjing sebesar Yamaha Ego yang mengawal satu rumah banglo berhadapan dengan pondok bas tersebut. Jarak antara kami berdua dalam 20 meter. Itu jam kalau duduk dekat, kena gigit lengan, tak payah samak, memang putus terus.

Tak sampai 5 minit menunggu, sebiji RapidKL sampai depan pondok bas. Brader driver ni, muka sebiji macam cikgu saya sekolah dulu. Tak ingat nama cikgu tu. Setel hal tambang, bas terus jalan tak tunggu saya duduk dengan selesa dulu. Nak jatuh tu satu hal, nak cari port sebelah makwe lagi satu hal. Last-last saya duduk depan sekali betul-betul belakang driver. Lebih kurang beberapa minit, ada satu makcik tekan loceng sebagai tanda protes terhadap susunan kerusi bas dan mahu turun.

Di perhentian bas itu, saya agak ada dalam 15-20 orang penumpang dari pelbagai genre, termasuklah seorang nigger dressed up hip-hop yang sedang menunggu bas. Tapi, mereka bukan menunggu bas yang saya naik ini kerana destinasi mereka mungkin bukan Ampang dan bukan dalam laluan ke Ampang. Nigger itu contohnya, mungkin destinasinya adalah Kenya, siapa tahu. Di hujung simpang seberang sana, ada satu uncle sedang berjalan perlahan ke perhentian bas sambil melambai ke arah bas yang saya naik.

Susahlah nak tulis macam ni. Okay, kita namakan bas yang saya naik ini sebagai 'Gory'.

Jadi uncle ini melambai kepada Gory, tandanya suruh tunggu sebentar, dia mungkin mahu ke Ampang bersama Gory. Tapi dia mengalami kesukaran mahu melintas jalan akibat daripada lampu isyarat yang berat sebelah. Hijau kereta lama, hijau pejalan kaki sekejap.

Di dalam bas, saya terdengar satu akak merungut, apa pasal bas tak jalan-jalan lagi. Mungkin akak tu nak terberak, siapa tahu. Di luar, kedengaran hon-hon dari kenderaan sekitar Gory. Adat RapidKL, bukan kira parking tengah jalan ambil penumpang. Namun brader driver masih stedi kunyah chewing gum tak peduli setakat Toyota Caldina main hon-hon. Dia tahu, tugasnya adalah mengambil penumpang, dan kali ini penumpangnya, uncle yang sedang bertungkus lumus melintas jalan.

Tersedar dengan perkara ini, nigger yang tadinya kelihatan sedang asyik menyanyikan lagu Akon, berlari ke seberang jalan untuk membantu uncle melintas jalan. Dipimpinnya tangan uncle sampai ke depan pintu bas. Uncle yang sudah berjaya melintas, dengan pantas naik tangga bas, tanpa berpaling apatah lagi mengucapkan terima kasih kepada anak muda Afrika yang menyelamatkannya daripada ditinggalkan Gory. Sementara itu, kelihatan dua tiga orang remaja tempatan dressing macam shuffle juga sedang menunggu bas.

Hasil daripada perjalanan saya menaiki RapidKL pada hari itu, saya berasa sangat teruja, kagum dan jakun kerana, barulah saya tahu bahawa RapidKL sebenarnya bertransmisi automatik.

4 comments:

.Gory. said...

Sekurang kurangnya gory bukan nigger, kan?

SUXX said...

oh Metrobus manual ke?

ashraf sahdan said...

metrobus manual.

anisizatyA.J said...

Warna bukan2 ke? Warna dorang okay laaa. Hehe

Powered By Blogger