August 13, 2010

Ayam Golek Sarip

Ayam Golek Sarip melambai-lambai minta tolong dijauhkan daripada Wan J.

Setiap kali bulan Ramadhan menjelma, aku akan dapat sms daripada Wan J. Memang wajib.

Jadi, tadi dia tanya aku.

"Woi bila nak balik Jengka?"

"Setan. Malas aku balik. Nanti tak puasa. Jumpa raya karang."

"Rugi la kau. Ayam Golek Sarip tengah top sekarang. Belum azan Asar dah habis 20 ekor. Peh.."

Motherfucker. Sebijik macam setan dia punya sms.

"Cilake. Minggu depan jugak aku balik.", aku balas, "Dah lama tak makan ayam golek Sarip waktu berbuka", sambung aku.

1 comment:

Anonymous said...

wan J....the King of Semsas reunion...
haha

-org RTM-