August 25, 2010

Lapar

Sedang aku mundar-mandir di ruang tamu membelek-belek longgokan majalah kereta milik Alai, aku teringat tentang satu cerita.

Begini.

Ada satu brader, mari kita gelarkan sebagai brader A. Okay, brader A, dia jalan-jalan di bazar ramadhan. Lalu dia singgah di gerai ikan bakar.

"Ini apa ni bang?", tanya brader A.

"Ini ikan pari bakar", jawab penjual ikan bakar, "nak ke?", tanyanya pula kepada brader A.

"Oh, tak nak lah. Yang ini apa pulak bang?", tanya brader A lagi sambil tunjuk dalam satu dulang.

"Ini kerang bakar, nak ke?" penjual ikan bakar.

"Oh, tak nak lah. Hmm, yang ini apa pulak bang?", brader A tanya lagi sambil pointing on another dulang.

"Ini tauhu bakar. Kau ni dari tadi asyik tanya je, nak beli ke tak nak?", jawab penjual ikan, kerang, dan tauhu bakar macam sedikit marah.

"Rilek laa bang, takkan tanya pun tak boleh. Salam bang, salam", kata brader A sambil menghulurkan tangan.

Setelah selesai bersalam,

"Saya Abu Bakar", sambung brader A, "Kah kah kah", sambil ketawa.

3 comments:

Frodo Baggins said...

wa syak brader A aka ABU BAKAR tu lu ..

miss dila said...

gilo!

~Nur Zulaiha~ said...

baca 3 kali utk memahami maksud tersirat...

jnis lmbat pikap bab klakr tahap isi tersirat nie..

bt kelakar.. :P