August 04, 2010

just dandy

Tadi pagi, dalam pukul 7, selesai mandi-manda dan pakai smart, aku keluar cari sarapan di kedai makan berhampiran.

Disebabkan kelas aku pukul 8, maka aku ada exactly satu jam untuk sarapan, tengok wrestling, tengok makwe naik bas sekolah, dan tambah sarapan.

There's a young lady, on a bike, wearing pyjamas. Aku perasan dia dari jauh, menuju ke kedai makan tempat aku sedang lepak. Aku perasan dia sebab dia cantik, walaupun baru bangun tidur, walaupun tak gosok gigi lagi. Aku rasa, dia baru lepas hantar adik, atau anak saudara, atau anak jiran dia pergi sekolah. Aku rasa lah.

100 meter sebelum sampai ke kedai itu, aku melihat dia sebagai satu peluang. Yes, this is my destiny. The reality version of imaginary girlfriend of mine. Black-curly hair, kulit cerah, dan tidak tidur pakai baju kelawar. Aku dapat rasakan hidup kami akan bahagia sehingga mendapat 13 orang anak, dengan 3 pasang kembar dua.

Aku sambung tengok wrestling. Perempuan-perempuan seksi tengah lawan.

"Pangg!!"

Ada eksiden dekat luar. Aku bangun, tapi tidak keluar, hanya untuk tengok. Kalau keluar, nanti kena tolong.

Aku capai cermin mata atas meja makan.

Aku nampak satu auntie cina ni sudah terbabas masuk longkang. Habis terbalik semua. Nasib baik dia tak pakai kain, dia pakai pyjamas.

Holy peanut butter-cups!

Should i tell you the keyword? Ok, it's "cermin mata".

3 comments:

.Gory. said...

Hahahahaha...so, amacam dengan 13 anak dan 3 kembar?

ashraf sahdan said...

hilang akal?

tapi tak tau laa kalau sarah alia setuju..

ke macam mana brader-in-law?

ha ha ha.

Ayue Yusoff said...

: curly black hair is it? LOLs.