August 12, 2010

Gari

Selain wi-fi yang laju dan percuma, tak ada apa-apa lagi yang istimewa bila melepak di McDonalds.

Dan yes, aircond yang macam sial sejuk. Kaki aku sikit lagi nak frost.

Di meja belakang aku, ada dua orang makwe. Tak cantik mana. First impression aku, diorang memang bukan budak-budak yang macam baru balik club. Mungkin sama seperti aku, mereka datang mahu makan, sambil online. Lebih tepat lagi, facebook. Sebab dari meja aku, dengan jelas aku boleh nampak mereka buka facebook.

Sebaris dengan meja makwe dua orang itu tadi, ke kanan sedikit, duduk sepasang kekasih. Juga sedang online, dengan McFlurry masing-masing. Mungkin sedang curang dengan pasangan mereka. Setelah lima minit aku perhatikan, nampaknya mereka bukanlah pasangan yang biasa-biasa. Mereka sedang bersembang tentang akademik, atau lebih tepat lagi, sedang mengulangkaji pelajaran bersama. They look cool!

Dan sekarang aku perlu buka tab baru sebagai teknik penyamaran. Pakwe dia lalu tepi meja aku untuk ke tandas.

Di meja hujung sekali pula, ya, di situ aku. Sedang menulis ini, sambil menghirup cawan ketiga Coke.

Di hadapan aku, duduk seekor Arep Sedap, sedang tengok porn.

Belum kena gari lagi kot.

1 comment:

Yuki Yusuf said...

lu tak sertai arep sedap tgk porn..

Powered By Blogger