Aku eksiden dekat Alam Budiman. Area-area Altantuya mati tu. Masa tengah laju turun bukit, tiba-tiba motor hilang kawalan. Aku sendiri tak pasti sebabnya. Banyak andaian telah dibuat oleh saksi-saksi kejadian seperti langgar batu, tayar depan yang bermasalah, kegagalan brakedisc, skru tayar tak ketat dan macam-macam lagi. Aku tak mahu melawan kerana sedang sakit dan hanya bersetuju sebab aku sendiri pun tak tahu apa sebabnya! Sungguh misteri, bukan? Tapi sampai sekarang aku rasa hantu Altantuya yang tolak aku jatuh. Ok kidding. Maafkan saya, Altantuya. Near-death experience yang aku maksudkan, memang betul betul near-death. Berapa kali bergolek atas jalan, bunyi motor terseret, kereta mengelak, semuanya aku rasa dalam slo-mo. Sungguh. Malam tu mungkin nasib aku baik, plus skil menyelamatkan diri yang mantap, aku selamat dan cedera sikit-sikit je.
Jadi begitulah ceritanya. Banyak lagi sebenarnya aku nak cerita, tapi semua yang aku ingat nak tulis tu, aku dah boring cerita pakai mulut. Semua orang datang melawat, semua aku dah cerita. Ha ha ha.
Apa pun syukur kepada Tuhan, hari ni aku dah 80% recovered. Tinggal nak pergi berurut je la karang, kasi alignment betul balik.
Akhir kata, hati-hati di jalan raya, ingatlah Altantuya tersayang.
1 comment:
aku baru tau, sapa sekor pengisaks pun tak cerita..
Post a Comment