March 15, 2012

Musuh nombor satu negara.

Kau tau tak, twitter ni sebenarnya macam duri dalam daging, musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, api dalam sekam, limau dalam sirap limau dan bermacam-macam lagi. Dia bunuh kau punya passion menulis, *pap* macam tu je. Ramai aku tengok yang dekat twitter tu, yang dulu mereka kebanyakannya blogger, langsung dah tak update blog. Mungkin tak semua. Aku tau ramai lagi yang ada twitter, tapi masih rajin menulis blog macam biasa (I adore you). Ada yang langsung tak into twitter dan masih menulis blog seperti biasa, which is very good. Yang jenis tak into twitter, lepas tu malas update blog pun ada. Yang lagi power, langsung dah tak update blog pasal sibuk main Zynga Poker (yang ini aku nyaris terjebak dulu). Ok, Zynga Poker takda kaitan dengan twitter, tapi aku peduli apa.

Kau tengok. Bosan gila kan post ni? Jangan salahkan aku. Salahkan twitter.

4 comments:

Wadi AR said...

gua takdek tuwitt

ashraf sahdan said...

baguslah kalau macam tu.

Aina Shahirah said...

Aku lah manusia yang dulu update blog now dah ada twitter tak update blog. Cilaka twitter dah rosakkan kredibiliti aku blogging. Puihhh

fnd said...

banyak blogger terkubur dek kerana twitter..stuju..kau pun dah mcm nyawa nyawa ikan ye dak?

Powered By Blogger