Sebagai seorang rokes (yang comel), saya semestinya suka tengok live performance band-band yang saya suka. Dengar muzik saja, mana nak feeling, kan? Sekali sekala kena layan live jugak. Tapi dalam banyak-banyak band yang saya suka tu, tak semua live performance diorang saya suka. Pada saya, semasa live performance, frontman memainkan peranan terpenting untuk menjadikan sesebuah persembahan itu menarik. Mereka tak semestinya bergerak ke sana ke mari dan terlompat-lompat serupa hilang pedoman (jujurnya, saya lebih suka yang serupa hilang pedoman itu. kahkahkah). The main idea of a good frontman adalah, mereka haruslah well-connected to the crowd. Cewah. Jadi, tak semua penyanyi yang hebat itu, adalah frontman yang menghiburkan juga. Dan tak semua band yang tak best didengar tu, frontman dia tak hebat. Haa amacam?
Berikut adalah 10 Frontman kegemaran saya. Kalau senarai kegemaran saya ini tak sama dengan kegemaran kamu pun, saya peduli apa, pergilah mampus. Kalau sama, yes, 10 markah untuk kita.
Jadi, mari saya mulakan.
10) Bob Marley (Bob Marley & The Wailers)
Selain menjadi ikon di seluruh dunia, menyampaikan mesej keamanan melalui lagu-lagunya, Bob Marley jugak jenis power kat atas pentas. Biasalah kepala dok stoned je apahal tak power pulak kan?
9) Anthony Kiedis (Red Hot Chilli Peppers)
Sebenarnya, kalau sebut RHCP, orang tak ingat pun Anthony Kiedis ni. Orang ingat Flea, John Frusciante. Tapi walaupun dibayangi oleh Flea dan John, Anthony punya sumbangan sebagai frontman tak dapat disangkal lagi. Tak caya kamu tengok ini.
8) Zack de la Rocha (Rage Against The Machine)
Dengan lirik yang macam rebel dan susah sikit nak sing-along, memang slambe je laa Zack ni rapping dan terkinja-kinja kat atas pentas ikut dan dia. Memang layan.
7) Damon Albarn (Blur, Gorillaz, The Good The Bad and The Queen)
One of the most successful songwriter in the 21st century. Faking betul macam mana dia dapat idea buat Gorillaz? Itu belum kira lagu-lagu dengan Blur lagi. Noel Gallagher ingat dia King of England? Puii. Okay, Damon Albarn ni kalau live, dia rilek je sebenarnya. Ada sikit-sikit je gila dia. Tapi tu lah, connection dengan crowd tu, ahh... dia ni sempoi laa senang cerita.
6) Dave Grohl (Foo Fighters)
Betul lah kata orang, semua yang berlaku itu, ada himahnya. Kalau Kurt Cobain tak mati, dan Dave Grohl masih main drum untuk Nirvana, sampai sekarang pun kita taktau yang Dave ni memang dilahirkan untuk menjadi frontman yang berjaya agaknya. Ataupun memang sejak Kurt Cobain mati, dia telah dirasuk oleh hantu Kurt, lalu menjadi frontman yang power, siapa tahu?
5) Gustaf Noren (Mando Diao)
Sebenarnya, masa aku mula-mula dengar Mando Diao dulu, aku tak suka lagu yang Gustaf Noren nyanyi. Aku lagi prefer Bjorn Dixgard punya suara. Tapi bila aku start layan depa punya live, what the hell, kalau boleh lagu Bjorn tu pun kasi ke Gustaf laa nyanyi. Dia punya happening memang lain macam. Rasa nak tumbuk kompiter pun ada.
4) Thom Yorke (Radiohead, Atoms For Peace)
Kalau Damon Albarn most successful, ini pulak adalah songwriter paling genius daripada band paling innovatif di abad-21. Gila apa? Mana ada orang buat lagu lari daripada market? Lepas tu menyanyi terkinja-kinja macam dirasuk syaitan. Power, power. Tapi Thom Yorke memang femes dengan tarian ikut dan dia pun. Sebelum klip video Lotus Flower keluar pun dia dah start buat tarian bukan-bukan masa live. This is one of them.
3) Jarvis Cocker (Pulp)
Saya taknak cakap banyak-banyak laa Jarvis Cocker ni. Jarvis is the definition of cool! Kamu kena tengok sendiri Pulp punya live macam mana dia hendel. Fucking badass! Berdasarkan video bawah ni (Reading 2011), dengan umur nak dekat 50, Jarvis still got it. You are hardcore, we are hardcore, this is hardcore.
2) Nick Cave (Nick Cave & The Bad Seeds)
Bak kata Pipiyapong, ada dua jenis rockers. Satu yang diasah bakatnya menjadi rockers, lagi satu, natural-born rockers. Macam Nick Cave, dia ni kategori natural-born rockers(Pipi cakap sebab birthday Nick Cave sama dengan birthday dia. Faking!), pasal dia tak payah pakai koyak-koyak, head-banging bagai untuk kelihatan rock. Dia pakai blazer pakai kemeja pun nampak rock gila babi. Dia punya performance tak payah cerita. Sawan!
1) Freddie Mercury (Queen)
Tak syak lagi. Freddie is one hell of a frontman. Tiada kata secantik bahasa. Tiada frontman sepower Freddie. Yes, ringkas, tepat, padat, dan efisyen. Sila tengok video ini dan menangis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ni baru rare
Post a Comment