December 26, 2011

Tips Menghilangkan Stress

Semalam aku pergi mandi air terjun di lokasi rahsia dengan Dhani, Alep & Syed Hafeez.

Setelah letih berenang riang ke sana ke mari, kami pun berehat di atas batu sambil cucuh rokok sorang sebatang.

"Ko nak tau tak, mengikut kajian, mandi air terjun ni dapat menghilangkan stress sebenarnya. Mandi kat tempat air dia jatuh tu. Burrrr, burrrr air jatuh atas kepala tu, boleh hilangkan stress tu, ko tau?", Alep cakap.

Semua yang dengar, semua angguk, termasuklah aku.

"Sebab tu kalau stress kat rumah kita kena mandi air pancut.", sambung Alep lagi.

Semua yang dengar, semua angguk lagi, termasuklah aku.

"Tapi aku kalau stress, aku masuk toilet, aku pancut je merata", jawab Dhani sambil ketawa hehehe.

1 comment:

paeh said...

pesen budak chemomoi!