November 02, 2011

Siri Bercakap Dengan Darjah 5: Hari Jadi #2

Semalam hari jadi Jebat yang ke 11-fucking-tahun.

Sebagai seorang uncle yang bertoleransi dan comel, tadi dia balik sekolah, aku tanya dia sekali lagi,

"Ko betul taknak hadiah ni? Tahun lepas acu takda duit, kali ni ada duit lebih sikit. Ko nak tak?"

Sambil buat muka konon-konon letih gila balik sekolah ada kokurikulum, "Acu nak kasi kita apa?", dia jawab nak tak nak sambil campak uniform dalam mesin basuh. Fucking pengakap!

"Nak kasi mahal-mahal tu takde lah. Acu belanja ko potong rambut lah petang karang, nak?", aku cakap, "Ko ingat ko buat rambut pacak pergi sekolah best laa?", aku tanya lagi.

"Baby, baby, baby ooohhhh", dia menyanyi lagu Justin Bieber.

Nasib baik aku tengah makan nasik masa tu. Kalau tak memang ada can kena libas dengan tuala basah budak pengakap ni.

No comments: