November 10, 2011

How to kill two dickheads, with one stone?

Aku dulu PMR, Geografi dapat A. Masa SPM, sejarah A1. Malaysia menang dengan Thailand 2-1. Tahniah.

Okay takda kaitan.

Cerita sebenar bermula di sini.

Tadi petang masa tengah tengok bola dekat Ar-Riyad, Payan dapat call.

Standard Chartered. Depa panggil dia interview pagi Khamis jap lagi ni pukul 11 pagi.

Aku cakap dengan Payan, tak malu, sokong Manchester, mintak kerja dengan bank Liverpool.

Interview akan berlangsung dekat Menara Standard Chartered, Jalan Sultan Ismail.

Payan ni orang KL. Orang Ampang. Berbelas tahun duduk KL.

Tapi lepas tu Payan pun tanya aku, dekat mana this fucking menara? Eh tak, dia tanya, macam mana nak pergi Jalan Sultan Ismail?

Aku cakap, aku taktau, aku orang Pahang.

Payan cakap, tak boleh jadi. Sebagai preparation, dia kena usha dulu lokasi menara ini sebelum tiba waktu kejadian interview tersebut.

Jadi tadi pukul 3 pagi, aku dengan Sapey (another dick from Ampang) pun teman Payan pusing KL, cari this fucking menara, dekat Jalan Sultan Ismail.

Tanpa hala tuju dan google map, kami pun bergerak menaiki kereta dengan hati yang riang.

Riang my ass! Aku mengantuk.

Aku ingat Payan ajak Sapey sebab dia arif dengan Jalan Sultan Ismail ni, rupa-rupanya, tak jugak. Jadi kami menggunakan cara mudah, ikut signboard.

Jadi, kami pun berpusing-pusing, cari this fucking menara, no, cari Jalan Sultan Ismail.

Bila 15 minit tak jumpa, aku google map. Pap, keluar dalam map, this fucking menara, dekat dengan monorail Raja Chulan.

Kami menjadi keliru dengan peta tersebut. Sapey suruh Payan call tanya jalan.

"Call sapa pagi-pagi buta ni?", Payan tanya.

"Call Raja Chulan la. Dia belum tidur lagi ni rasa", Sapey jawab sambil kah kah kah.

Sapey ingat dia kelakar? Dickhead!

Lagi 15 minit cari, jumpa jugak akhirnya.

Menara Standard Chartered ni sebelah Pavillion je rupanya, Sapey cakap. Barangkali dia teringat kenangan masa zaman shuffle dulu lepak Pavillion.

Aku mengantuk. Dah jumpa, aku ajak depa balik.

Hala balik, aku tanya Payan, this Sultan Ismail, sultan negeri mana sebenarnya?

Payan jawab, "Soltan KL la!"

Dickhead!

Jangan harap aku nak cakap good luck for the interview!

2 comments:

Anonymous said...

hahahak....
tenkiu buat saya gelak mlm2 bang.. kah3

.Gory. said...

Membesarlah mereka menjadi anak jati KL yang setia. Sekoloh lagi dekat Kontan tu sapa suruh.

Powered By Blogger