October 24, 2011

Siri Bercakap Dengan Darjah 5: Tidur

Ada satu tengah hari tu, aku mengantuk gila. Jalil Hamid pun tak pernah mengantuk sampai macam tu aku rasa.

Jadi aku pun mengambil keputusan untuk tidur.

Tapi mengenangkan aku ada temujanji dengan satu dickhead petang tu, maka sebelum tidur, aku sempat pesan dekat anak sedara aku.

"Woi Jebat, nanti ko kejut acu pukul 5 ke 5.30 gitu ke. Kejut sampai bangun, tahu?"

"Okay.", dia jawab sambil baring kaki silang, sambil tangan kanan belakang kepala, sambil tangan kiri pegang remote TV, sambil layan History Channel, dan sambil lewa.

Kemudian aku pun tidur tanpa makan nasik.

Tengah sedap-sedap mimpi panjat Everest, tiba-tiba aku terjaga.

Aku tengok tingkap, gelap.

Aku tengok jam, pukul 7.40 minit maghrib.

Aku tengok tepi....

Cilake, Jebat tengah layan tidur keluar air liur.

3 comments:

poyotito's said...

kah kah kah!
good job jebat..good job!

asip محمد said...

aku mcm berminat siket dgn jebat ni.. anak sedara kau?

sarah said...

sweetnye jebat ni.macam nak cium jek rasa.