October 24, 2011

Siri Bercakap Dengan Darjah 5: Google

Ada satu hari tu, aku sedang bermain ubersocial for twiter ketika waktu senja.

Tiba-tiba anak sedara aku darjah 5 ni pun datang duduk depan aku sambil makan kek lapis Sarawak.

Dia pun bertanya, "Acu, blackberry acu boleh bukak internet kan?"

"Boleh.", aku jawab tegas. "Ko apahal?", sambil bertanya kembali dengan muka paling bengis.

"Kita nak pinjam kejap boleh?", dia tanya balik.

"Ko nak buat apa? Kalau nak tengok facebook makwe, jangan harap!", aku jawab.

"Tak, kita nak google 'nama-nama hari kiamat' kejap. Ustazah kita nak tanya esok."

.......dan dengan pantas aku terus bukak google.

1 comment:

sybill said...

sial! kahkah. jebat jebat.