October 17, 2011

Fenomena

Ada satu hari tu, aku lepak dengan Dhani dekat Restoran Ar-Riyad Setiawangsa.

Dhani ni salah sorang dari 200 orang kawan aku yang tak boleh berhenti bercakap. Bezanya, benda-benda yang dia ajak berbincang selalunya benda-benda serius seperti masa depan, bisnes, fenomena dan macam-macam lagi perkara yang boleh kita jumpa dalam drama lakonan Mustafa Kamal. Cumanya, aku, atau siapa-siapa pun yang kalau kebetulan ada sekali dengar dia bercerita ketika itu, memang tak pernah ambil serius benda yang dia tengah cerita.

Jadi itu hari dia cerita pasal fenomena. Pasal dia nak jadi fenomena dekat Malaysia.

"Aku tak kisah lah dalam bidang apa pun aku join, bina badan ke, teater ke, jual goreng pisang ke, yang penting aku nak jadi fenomena", kata Dhani.

"Apa faedahnya kalau ko jadi fenomena? Ko ingat aku peduli?", aku cakap sambil cucuh rokok sebatang bagi menambahkan elemen macho di dalam perbualan.

"Takde lah. Sekurang-kurangnya kalau aku jadi fenomena, aku nak angkat martabat kampung aku yang orang tak kenal tu.", katanya lagi, "Biar lepas ni budak-budak Chemomoi tak rasa malu nak mengaku diorang tu dari Chemomoi, sebab diorang dah satu kampung dengan seorang fenomena", sambung Dhani lagi.

Selesai sedut air limau ais yang tinggal suku cawan tu, dia tanya aku.

"Kau tau Chemomoi kat mana?"

"Tau!", aku jawab yakin, "dekat neraka.", aku sambung sambil ketawa kah kah kah.

1 comment:

.Gory. said...

Kahkahkah. Damn Chemomoi