May 19, 2011

Replay : Nekad

Di bawah ini adalah entri aku yang blogger.com delete masa depa down itu hari. Ini hari aku check, tiba-tiba dia ada balik dekat draft. Disebabkan aku pemurah, penyayang dan of course, cute, maka aku repost entri ni. Selamat memandu.


Dengan dahi yang berkerut dan sedikit rasa tidak percaya, dia tanya aku, "You sure dengan pilihan you ni?", sebagai respon kepada jawapan aku di dalam previous conversation yang aku rasa, tak perlulah untuk diceritakan di sini.

Aku diam. Lama. Sengaja aku tak mahu jawab. Aku memang tak suka ulang benda yang aku dah cakap. Jadi, aku biarkan dia tertanya-tanya sendiri. Okay sebenarnya memang aku tak berapa sure pun, tapi aku tak boleh nak terus terang dengan dia. I'm fucking speechless!

Setelah beberapa minit berada di dalam keadaan uncomfortable silence, dia akhirnya memecah kesunyian. "Hmmm", dia mengeluh, sambil menyalakan sebatang rokok Marlboro mint lalu keluar melalui pintu belakang. Bosan agaknya dia nak tunggu aku jawab.

Aku tarik nafas, lega. Soalan yang dia tanya awal tadi, memang susah betul aku nak jawab. Bila dia tunggu aku dekat sebelah macam tu, lagi lah susah aku nak fikir. Nak tengok muka dia pun aku tak berani, apatah lagi nak berkata-kata sambil usha buah dada dia. Aku perlukan konsentrasi yang maksimum untuk aku fikir dalam-dalam, lalu come out dengan jawapan yang kalau boleh, the very best untuk kami berdua.

Beberapa majalah fesyen yang dari tadi tersusun rapi di atas meja itu, aku belek-belek lebih kurang untuk menghilangkan perasaan yang kucar kacir ini. Ada gambar Ayu Raudhah sebelum kahwin. Busty dan menjilat jari. Walau bagaimanapun, perasaan kucar kacir tadi tu tetap tak hilang juga.

Selesai hisap rokok, dia pun kembali mendapatkan aku. Perlahan-lahan aku alih muka surat yang ada gambar seksi Ayu Raudhah tadi ke muka surat yang lebih sopan dan tak mendatangkan fitnah. Dengan wajah yang lebih serius, dia tanya aku sekali lagi.

"So, macam mana? You dah fikir masak-masak?" You jangan menyesal nanti..."

Ah. Fuck betul. Susahnya aku nak buat pilihan ni. Perasaan aku berbelah bagi. Bak kata Juliana Banos dalam lagunya 'Yang Mana Satu', "Ku tak tahu, tak tahu yang mana satu", begitulah juga perasaan aku ketika itu. Aku pejam mata. Secara automatik, segala memori baik yang pahit, yang manis, yang wangi, yang hancing, tiba-tiba datang bagaikan petir menyambar di dalam kepala aku. Babi!

Aku tarik nafas dalam-dalam. 10 saat tarik nafas. 10 saat tahan nafas. 10 saat hembus. Dulu masa sekolah, cikgu aku cakap macam tu lah cara nak kasi oksigen sampai dekat otak, seterusnya membolehkan kita berfikir dengan lebih tenang, tepat dan efisyen. Aku ulang teknik pernafasan itu sebanyak tiga kali.

Dan kali ini aku nekad. Kali ini aku yakin. Walaupun aku nampak tangannya sudah mencapai gunting di atas meja itu, aku tak peduli. Apa pun konsekuensinya, aku berani tanggung. Dia nak tikam aku dengan gunting pun, aku dah tak kisah. Lantak lah. Aku pandang dia. Dia pandang aku. Mata kami bertentang. Tanpa kelip mata, aku cakap,

"Sure lah, amoi. I mau botak lah. Size 3.", sambil tersengih-sengih. "Sekali sekala tukar fesyen laa moi. He he he", aku sambung.

Dia campak gunting sampai melekat dekat dinding.

Dari luar kedai kedengaran sayup-sayup bunyi mesin gunting rambut.

Sekarang kepala aku dah ringan.

Berakhirnya rambut seorang rockers.

7 comments:

Anonymous said...

haha. hi botak si kacak.

.Gory. said...

Kahkahkah...nampak macam form 1 dulu woi!

afiqsiddhartha said...

Hanya gadis hebat akan ada nafsu dengan lelaki botak. jangan risau. sila beli kondom. hahahah

ashraf sahdan said...

gory, sapa ada banyak gambar sekolah dulu? upload!

afiq, gampit! kalau kau balik sini, memang aku teringin nak mesin rambut kau. bergaduh pun bergaduh la, janji puas! hahaha.

asip محمد said...

teringat daku kepada gordak.. kah3

Anonymous said...

Astaghfirullah abang Mael...
mcm brader lu langsi lu mati..

-org RTM-

sarah said...

aww ganasnya~

Powered By Blogger