May 01, 2011

Cun

Disebabkan aku masih belum tidur, maka aku terasa sangat lapar. Timbul satu persoalan dalam kepala waktu aku keluar pergi beli sarapan tadi. Adakah cliche seseorang makcik jual nasi lemak dan kuih muih di gerai tepi jalan itu mempunyai anak dara yang cun untuk membantu beliau?

Jawapannya, tidak!

In telemovie or drama, yes, itu cliche. In real life, jangan harap. Kalau jumpa makwe cun tolong mak dia jual kuih pagi-pagi tu kira memang kau bernasib baik je lah. Anak dara cun biasanya hari ahad ni tengah tidur terkangkang lagi.

Ah screw them.

Apa yang aku nak cerita sebenarnya, bihun goreng makcik ni memang sedap. Sedap yang betul-betul punya sedap. Patutlah ramai orang beli sarapan dengan dia. Yang lebih penting, anak dia yang tolong jual tu langsung tak cun!

Jadi, kalau kau nak beli sarapan, jangan nak susah susah cari gerai yang ada makwe cun jual kuih. Don't judge a breakfast by the makwe's face!

Oh by the way, anak makcik tu tadi lelaki. Gila apa cun?

1 comment:

sarah said...

hahaha... btw sila la tengok filem cun. macam cun jek.

Powered By Blogger