May 24, 2011

Alat bantu mengajar

Seperti yang aku beritahu tempoh hari, zine haram jadah ini akan keluar. Dan, jeng jeng jeng, hari ini, zine haram jadah ini masih belum keluar. Sebenarnya baru siap cover page je (cover page yang badass ini adalah kerja Nemba, an old friend of us, yang sudi menyumbang artwork rejek dia untuk kami gunakan sebagai cover page untuk 3 siri Koskenkorva berturut-turut, for free. Thank you, Nemba.). Mungkin awal ataupun mid bulan 6 karang baru rilis. Seperti biasa, Koskenkorva 3 masih mengekalkan line-up asal dalam senarai penulis.

Setelah 5 tahun gagal dalam percubaan untuk memenangi hati Farahanim dan Fatin Najwa, Pyol Muhammad masih stedi (mungkin). Beliau dijangka akan muncul dengan cerita-cerita yang lebih happening daripada cerita tertinggal slip peperiksaan di hari peperiksaan dan cerita Hang Tuah yang buta IT. Amal Hamsan, sebagai satu-satunya penulis Koskenkorva yang mengalami PMS, seperti biasa, dijangka akan muncul dengan cerita-cerita mengenai jiwa, tentang rebel hati seorang wanita yang kerap kali gagal dalam percintaan dan akhirnya end up menjadi pengkid. Acap Rahman, the king of pornography ini gemar menulis cerita cinta dengan gaya bahasa yang pelik dan sukar difahami oleh golongan kanak-kanak bawah 15 tahun. Agak susah untuk expect apa benda pulak dia tulis dalam ni nanti. Dalam masa yang sama, dia menyimpan perasaan terhadap Amal Hamsan (Kah kah kah). Haa gelak dalam kurungan ni gelak sopan namanya. Gelak tutup mulut. Syed Hafeez pula adalah seorang penggemar vespa dan donut. Hobi mengumpul kenderaan antik ini, walau bagaimanapun, tidak mampu menidakkan tentang betapa obsesnya dia dengan Julia, seorang gadis cheerleader dari sebuah sekolah all-girls di ibu kota. Sebab itulah dia dijangka akan terus menyambung cerita 'Julia' ke siri yang berikutnya dalam Koskenkorva 3 ni. Jenis obses yang tak masuk akal. Aku macam biasa, memang tak pernah tulis jiwang-jiwang dalam ni. However, disebabkan kejadian bekas makwe aku add aku di facebook semalam, dan aku approve, kemudian aku unfriend, kemudian dia add lagi, membuatkan aku jadi berdebar-debar, tapi tak appove lagi. Maka dengan ini, aku dengan berbesar hati ingin menulis kisah cinta pendek 13 episod di dalam Koskenkorva 3 ni.

Ini zine, memang jiwang!

Ha ha ha ha.

Oh lupa. Ramai yang tanya aku, pasal previous zine, Koskenkorva vol 1 & 2. Ada yang dah ada vol 1, tapi nak yang vol 2, vice-versa. Koskenkorva ni zine DIY. Itu yang susah tu. Maknanya, mula-mula kami akan print dengan limited, berdasarkan jumlah yang telah dipersetujui, lepas tu kami jual kepada kawan-kawan terdekat, dan letak dekat event mana mana, contohnya Pekan Frinjan. Habis yang 1st edition, kalau orang nak lagi, baru kami print lagi, lepas tu pos. Masalahnya pula, kami ni memang malas nak print kalau dah habis. Kah kah kah. Jadi, untuk Koskenkorva 3, mungkin tak ada masalah, sebab nak tak nak, malas macam mana pun, kami kena print jugak. Dah tu nak rilis macam mana kalau tak print? E-Zine? Taik apa? Tak true langsung. So, siapa yang nak Koskenkorva vol 1, atau vol 2, atau vol 3, atau nak mana-mana antara dua je, atau nak sebijik je, atau nak tiga-tiga sekali, bolehlah bagitau Acap, Amal, Pyol, atapun Syed. Cakap dengan aku, memang aku buat tak layan.

Lagi satu, harga macam biasa, RM5 sebiji, melainkan kau beli dengan Syed Hafeez. Aku dengar cerita dia nak jual RM579.90 sebiji. Dia cakap nak beli volkswagen.

Sekian. Selamat hari putus cinta sedunia.

3 comments:

Razman said...

"Amal Hamsan, sebagai satu-satunya penulis Koskenkorva yang mengalami PMS, seperti biasa, dijangka akan muncul dengan cerita-cerita mengenai jiwa, tentang rebel hati seorang wanita yang kerap kali gagal dalam percintaan dan akhirnya end up menjadi pengkid. Acap Rahman, the king of pornography ini gemar menulis cerita cinta dengan gaya bahasa yang pelik dan sukar difahami oleh golongan kanak-kanak bawah 15 tahun. Agak susah untuk expect apa benda pulak dia tulis dalam ni nanti. Dalam masa yang sama, dia menyimpan perasaan terhadap Amal Hamsan"

nice. siv pun memang pernah btau dia suka acap. cuma umur dan perangai acap yg masih mentah buat hati dia berbelah bagi.

Titel said...

macam pundek?

Ries Lee said...

kau ade blog rupanya.
gampang kan komen aku?