March 18, 2011

Happiness is homemade

Malam tadi, aku duduk bersembang dengan Pak Dek, seorang buddy yang bolehlah aku kira sebagai best buddy. Kami minum di sebuah restoran mamak terkemuka di Melaka yang mahu nama restoran mereka dirahsiakan.

Sedang sedap-sedap bersembang tentang topik hari kiamat, tiba-tiba Pak Dek mencelah, "Mal, aku sakit perut lah"

Pak Dek adalah antara 5 orang dalam dunia ni yang panggil aku dengan first name aku, Kamal. 4 yang lain adalah abang aku, kawan aku Wan J, ex-girlfriend aku perempuan Subang dulu, dan cikgu fizik aku masa sekolah.

Jadi aku cakap dengan Pak Dek, "Bongok, sakit perut pergi lah berak!", sambil tunjuk toilet restoran mamak yang mahu nama restoran mereka dirahsiakan.

Pak Dek pun pergi berak.

Selepas 10 minit, Pak Dek pun selesai berak.

Pak Dek senyum nipis. Aku rasa mahu lempang.

Kalau Pak Dek baca ni, mesti dia tumbuk aku. Aku peduli apa, macam aku tak boleh balas. Ha ha ha.

*bakar rokok*

Selain test mechanic machines tempoh hari, benda lain yang buat aku menyirap adalah Liverpool. Liverpool punya prestasi memang serupa gampang sikit lately. Jenis memilih. Nak menang dengan kelab kuat kuat je. Dengan Braga yang takde player hensem tu taknak menang pulak. Babi betul.

*terajang kerusi*

Sebenarnya, aku dalam kondisi down yang boleh kira king of down jugak lah. Semua benda jadi berserabut. Semua benda aku buat jadi tak kena. Tak boleh fokus. Tidur pun tunggang langgang. Makan pun bersepah. Menulis blog pun barai. Main Cityville pun berterabur. Macam setan jadi.

Kadang-kadang, bila down macam ni, tiba-tiba aku terfikir, kalau arwah mak ada lagi, kan best. Tiba-tiba aku jadi rindu sangat kat mak. Rindu yang ultimate punya rindu. Rasa nak lepak atas bukit buat senaman yoga. Kalau mak ada lagi, dah tentu aku boleh mengadu dengan dia. Cerita semua benda yang buat aku down. Dah tentu dia back up aku. Dah tentu dia ada solution terbaik untuk aku. Tapi nak buat macam mana, aku tak ada rezeki lama dengan dia.

Peh, semakin down aku dibuatnya.

*termenung tepi tingkap, bakar rokok lagi*

Tapi macam mana pun, aku tau, aku tak boleh terus down macam ni. Sampai bila pun tak habis kalau nak ikutkan kehendak king of down ni, kan? Jadi, satu-satunya benda yang aku kena fikir sekarang adalah, how to be happy?

So, how?

Senang saja,

Mula-mula sekali, aku kena tidur dulu.

Bye.

5 comments:

Anonymous said...

"terok betol down kau ni kamal..rasa mcm nak lempang..Ko jangan bunuh diri dah laa..." -Wan J

-ak dpt rase wan J akn ckp mcm tu...keh3

-org RTM-

ashraf sahdan said...

ko ni pyol kalau kena backhand, tercabut gigi sumbing ko tu.

seth said...

aku tak tahu apa orang lain buat bila down. aku rak peduli langsung. yang aku tahu, aku hisap ganja.

sarah said...

bila tidur semua masalah lenyap. bila bangun down lagi,hentaklah kepala kat dinding laju-laju taw.hehe
chill!!! :DD

Haziqah Muhamad said...

Tidur is the best solution i guess. Eventhough it is not permanent, tapi kira jadilah.

Apa-apa pun, Ashraf Sahdan insan yg tabah kan kan kan. Meh nak peluk meh. HAHAHAHAHAHA

Powered By Blogger