March 14, 2011

Letih

Hai.

Mula-mula aku ingat nak pos kompilasi status-status putus cinta terbaik daripada MASTAKOK dekat sini, tapi memikirkan some people might not like it, aku tak jadi pos. Pertama kali aku fikir pasal apa orang lain akan rasa. Hahaha. Selalunya aku kekal dengan prinsip, 'fuck off, pergi meninggal aku nak tulis apa'. Kali ni aku rasa baik hati sikit. Tapi kali ni saja, next time, pergi mampos.

Aku sekarang memang banyak habiskan masa dekat twitter. Walaupun aku tak ada benda nak tweet, aku tetap bukak twitter dan baca timeline, melihat kawan-kawan update hidup mereka. Ada yang bahagia, ada yang rabak, ada yang barai, ada yang buat aku rasa menyampah. Aku pun kadang-kadang rasa orang semua menyampah dengan tweet aku. Muahahaha. Yang tegur nak bersembang, aku layan bersembang. Yang mana perlukan virtual hugs, aku bagi virtual hugs. Ada juga yang cerita masalah depa dekat aku. Mana aku boleh tolong, aku tolong.

Sesetengah orang yang kita kenal, walau rapat macam mana sekalipun, gelak sama-sama, makan sama-sama, tengok wayang sama-sama, kadang-kadang kita tak boleh predict action depa. 30 minutes earlier depa treat kita nicely, and then tiba-tiba, *pelepow* dia hentak batu atas kepala kita. Dan kita pun fikir, samada kita terlalu bodoh sebab tak boleh predict depa, ataupun teralu bodoh sebab tak hentak kepala depa dulu.

Aku ingat lagi, kawan baik aku, Wan J pernah mengadu dengan aku. Dia cakap, setiap kali bangun pagi, time nak kencing, dia rasa susah nak target air kencing tu kasi masuk tepat-tepat dalam lubang jamban tanpa tersasar ke tempat lain. "Bongok!", aku cakap dengan dia. Lepas dari tu aku perasan dia suka kencing tepi semak.

Masa aku kecik dulu, aku fobia dengan satu perkara. Tali pinggang arwah abah. Kali pertama aku kena libas, masa darjah 4. Lepas tu, setiap kali aku nampak abah pegang tali pinggang, walaupun masa tu dia nak pakai tali pinggang nak keluar rumah dan bukan langsung dalam mood nak libas aku, aku tetap rasa fobia. Sekarang aku dah tak fobia lagi. Bukan sebab abah dah tak ada, tapi aku memang dapat atasi fobia tali pinggang ni, mentally and physically. The thing is, apa benda kau takut, sampai satu masa, kau dapat atasinya jugak. Mesti. Kalau siapa-siapa libas aku dengan tali pinggang sekarang pun aku dah tak takut. Tapi jangan marah kalau aku balas balik.

Revenge. Yes. Revenge is always a good idea. Sesetengah orang sukakan pembalasan dendam. Sebahagian lagi tak suka. Ada yang pilih untuk move on dan buang terus memori yang tak perlu. Buang dalam jamban. Kencing. Berak. Flush.

Sekarang, di saat aku taip entri ni, lagu Walk-Pantera tengah berkumandang. Masa chorus, lirik dia berbunyi, "Respect, walk". Itu saja. Ulang 4 kali, kalau tak silap aku. Walaupun dua perkataan saja dan nampak macam tak ada art langsung dia buat lagu, kau harus tahu, ini adalah dua perkataan yang berat. Berat macam batu maksud dua perkataan ini. Hentak dekat kepala kau, pecah. Lepas tu aku pijak otak kau sampai hancur, aku kutip, isi dalam poket seluar kau. Kau boleh terus jalani hidup tanpa otak.

Aku letih sebenarnya. Letih dengan banyak perkara. Terlalu banyak. Jumpa lagi.

Bye.

1 comment:

.Gory. said...

Comel jugak entri kau ni rupanya