November 07, 2010

Seriously, don't watch MTV.

Gelap malam berlabuh pergi. Cahaya bulan samar-samar dibatasi kepulan awan kelabu. Namun matahari masih belum muncul menyimbah cahaya kepada segenap flora & fauna yang tak pernah puas. Kupu-kupu berterbangan riang di bawah lampu pendafluor mencari pasangan untuk berzina. Sayup-sayup, kedengaran juga bunyi ayam berkokok. Barangkali diserang hendap oleh musang yang hauskan darah. Irama ‘Fly Away From Here’ nyanyian Aerosmith tiba-tiba saja terbebas di udara melalui speaker komputer usang lantas menusuk ke telinga sekaligus melengkapkan OST dan klip video hidup aku yang sedang dipancarkan ke skrin LCD di dalam kepala aku sekarang ini.

Ya. Klip video aku memang bertemakan ‘flora & fauna yang terlampau’.

Aku bancuh air, bakar rokok sebatang, dan buat pertama kali dalam tahun ini, what the hell, aku lipat kain baju.

It feels kinda good!

2 comments:

jo said...

pemalas..

aida said...

pertama kali dalam tahun ni?

*kalender menunjukkan bulan 11.

jadahh kau weh? HAHA