November 14, 2010

Error

"It's my birthday. Tak wish pun.", sms makwe disertai dengan smiley :(

Nama smiley tapi tak macam smile pun. Pelik betul.

The point is, perempuan.

Ya aku tau ada yang cakap, sikit-sikit cerita pasal perempuan, sikit-sikit cerita pasal perempuan. Aku peduli apa.

Nanti ada masa aku cerita pasal maknyah pakai skirt pendek nampak telur, mmkay?

Sambung.

Perempuan, atau lebih tepat lagi makwe, kalau birthday diorang, pukul 12:01 a.m. tu lah dia nak kita wish. Tak boleh lambat sikit. Kalau jenis yang rilek sikit, dia kasi can sampai 12:15. Betul tak, perempuan-perempuan?

Kalau y'all tak nak jawab, I'll take that as a yes. Eceh.

Jadi, setelah mendapat sms macam tu, aku balas, "I'm driving lah. Baru ingat nak wish kejap lagi sampai rumah."

Tanpa tunggu dia balas, aku terus sms lagi, sambil kawal stereng pakai siku.

"Sorry, lambat wish.", aku taip, dan terus taip, the lamest birtday wish in the history of toothbrush, "Erm, Happy 24th birthday, semoga bla bla bla bla bla bla kahwin lari nak? bla bla bla bla anak kembar tiga bla bla bla bla".

Sebagai tambahan, berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku terhadap mamalia perempuan ini, mereka bukan sahaja sensitif terhadap 'birthday wish' saja, tetapi juga terhadap, emm...let say, 'how long something has existed'. Kau tak faham? Tak apa, benda ni memang pening sikit, macam otak perempuan lah. Komplikated.

Sebenarnya banyak lagi benda yang mereka sensitifkan, tapi lain kali lah aku cerita. Mungkin aku akan keluarkan list tentang itu.

Ok cancel, aku tak akan keluarkan list. Itu perangai perempuan.

Jadi, setelah lebih kurang 5 minit dari saat aku tekan butang 'send' tadi, masih tak ada jawapan, sehinggalah tiba-tiba, waktu aku tengah layan TV, satu sms masuk,

"Hey, I'm 23 lah!!! Hmmm"

Holy mother of pancakes!

Satu kerja lagi nak pujuk.

The moral is, jangan balas sms semasa memandu. You'll have tendency to make mathematical error.

11 comments:

Nisa said...

paham betul kan kau tu kalau pmpuan tu mcm mn?
hekhek

.Gory. said...

Kahkahkah...

Tape, bukan syntax error.

Raby said...

kasi la can sampai kul 1.haha

Ayue Yusoff said...

(:

Anonymous said...

bila baca entry2 ko pasal pmpuan, aku selalu rasa aku ni abnormal. aku takde ciri2 pmpuan laa.

GigiWangi said...

its not complicated lah. perempuan rasa nak dihargai je. yee dok?

deus X machina said...

Ah besday gua semalam lu tak SMS pun

Sofiya said...

hahahaha kelakar. ohh rupanya aku ni pompuan normal :P pompuan memang perangai camtu kan?

ashraf sahdan said...

deus ni kena jugak ni karang...

farwalis said...

pompuan.....

makin nyampah makin sayang.

Anonymous said...

aku pompuan but xde la cam yg ko tulis tu...aku dpt sms say "happy birthday" dah buat aku sengih.,...x yah nak mention yg ke 24 ke 30 ke apa...xde la nak nak sharp2 kul 12 kena wish...but aku akan tunggu 24 hours...after that baru la nak majuk ke apa...

Powered By Blogger