November 03, 2010

Cibai-cibai

Dari kecil lagi, aku mempunyai pelbagai cita-cita. Maksud aku, bukan semua cita-cita itu masih menjadi cita-cita aku sehingga sekarang, tapi maksudnya cita-cita aku sering berubah sejak kecil.

Masa 9 tahun, aku pernah menyuarakan hasrat aku untuk menjadi juru tol pada kakak aku, dan dia memberi sokongan sambil ketawa. Sebagai seorang darjah 3 yang comel, aku langsung tak faham kenapa dia ketawa bila aku cakap nak jadi juru tol. Jadi 3 hari selepas itu, aku berhenti bercita-cita menjadi juru tol dan bertukar kepada ingin menjadi adiwira. Pengaruh terbesar aku ketika itu ialah, Cybercop.

Tumbukan Halilintar, FTW!!

Binatang cita-cita ni, sering bertukar-tukar dan berterusan. Dari nak jadi doktor haiwan, lepas layan Space Jam, rasa nak jadi basketballer pulak. Layan Nirvana, rasa nak jadi Kurt Cobain. Asal main PS, terus nak jadi skateboarder. Sungguh. Aku dari dulu sampai sekarang, mudah taksub dengan benda yang aku rasa best. Pernah jugak sekali, kalau tak silap, aku bercita-cita nak jadi pembunuh upahan lepas layan Roda-Roda Kuala Lumpur. Cilake.

Tapi lepas aku masuk Sekolah Sains Sultan Bola, aku rasa sudah tak relevan lagi aku berperangai kebudak-budakan seperti bertukar cita-cita selang 3 hari macam masa sekolah rendah dulu. Jadi, aku membuat keputusan, untuk bertukar cita-cita setahun sekali. Dan nampak gayanya kali ini aku lebih serius dalam membuat keputusan.

Here it goes.

Tingkatan 1 : Pencari harta karun professional (Ya, Indiana Jones, Lara Croft. Kau tak layan? What a loser!)

Tingkatan 2 : Pelukis kartun hentai (No komen)

Tingkatan 3 : Doktor sakit puan (What the hell, buku teks 'Science Form 3' patut lebih 'real' dan kurangkan censored)

Tingkatan 4 : GPK HEM (Tanyalah mana-mana budak Sekolah Sains Sultan Bola, GPK HEM kitorang sangat adorable sampai aku nak jadi macam dia)

Tingkatan 5 : Arkitek (Biasalah, SPM...dude!)

Masuk Kolej Matrikulasi Pukimak (KMPk), aku rasa tindakan aku bertukar cita-cita ni, sebenarnya membuatkan aku konfius dan tertekan. Apabila tertekan, contohnya tertekan double-click semasa mengisi borang UPU, hanya menyebabkan aku menjadi seorang depressed loser.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Why the fuck am I taking the engi-fucking-neering here?

Never be on my ambitions.

7 comments:

aion said...

Hahah. Destiny beb

sarah said...

Sebagai seorang darjah 3 yang comel,
rasa nak lepuk-lepuk jek budak darjah 3 tu.HAHAHAAHAHA

.Gory. said...

Hahaha...pelukis hentai kau ada kaitan dengan GPK HEM?

jo said...

itulah...lebih baik lu jangan panggil ia sebagai cita-cita. panggil ia sebagai angan-angan.

Anonymous said...

saya nak jadi surirumah yang berjaya. sekian.

Roronoa said...

gua nk tolong ateeka ameer ni jadi suri rumahnya berjaya boleh tak?

mael..agak2 minah ni masak sedap tak?

Amal said...

kau tak bercita-cita nak jadi fasha sandha?

Powered By Blogger